Jessica Simpson Akhirnya Mengaku Sedang Mengandung

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jessica Simpson hadir ke parti Halloween pada Ahad dengan perut yang sedang membesar.
Jessica Simpson hadir ke parti Halloween pada Ahad dengan perut yang sedang membesar.

NEW YORK: Penyanyi bersuara lantang, Jessica Simpson, akhirnya mengaku sedang mengandung anak sulung namun tidak mendedahkan butiran mengenai kehamilannya itu.

Jessica yang sudah bertunang dengan kekasihnya, bintang NBA, Eric Johnson membuat pengumuman itu melalui laman web rasminya pada Isnin.

Namun sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Jessica sedang mendangung enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal tahun hadapan.

Sebelum itu, pada malam Halloween, Jessica hadir dengan pakaian ketat dan menampakkan bonjolan jelas pada perutnya sebelum membuat pengumuman itu.

Jessica telah menjadi topik perbualan berminggu-minggu lamanya kerana didakwa sedang mengandung dengan peningkatan berat badan ketara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan