Rancangan Menarik ntv7 Tahun 2012 - Berita Hiburan | mStar

Rancangan Menarik ntv7 Tahun 2012

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen televsyen ntv7 bakal menyajikan rancangan-rancangan hebat tempatan dan luar negara sepanjang tahun 2012.

Selain itu, ntv7 juga turut bersedia menyiarkan rancangan-rancangan baru dan lebih segar buat tontonan seisi keluarga.

Antara rancangan terbaru terbitan produksi tempatan yang bakal disiarkan adalah V Squad (siri pengembaraan istimewa buat kanak-kanak), Rooftops (siri muzikal yang mengetengahkan penyanyi muda berbakat), rancangan berbahasa Cina seperti drama bersiri, The Descendant, rancangan realiti, Aunty Must Go Crazy dan sitkom Love Compulsory.

Selain itu, rancangan tempatan yang telah berjaya menarik penonton seperti siri dokumentari, Magseven, rancangan realiti usikan dan jenaka, Wakenabeb, siri paranormal, Seekers dan Kuiz Ilmiah, The Mandarin Battle Star pastinya akan terus bersiaran.

Manakala kandungan rancangan berbahasa Cina yang akan dikekalkan ialah rancangan bual bicara Mars vs Venus serta rancangan majalah mengenai gaya hidup di dalam Women’s Zone akan diteruskan dalam memberi perkembangan terbaru tentang isu semasa di Malaysia.

Sementara itu, rancangan bersiri popular dari Amerika Syarikat yang bakal menjengah penonton tahun depan ialah drama yang berkisar tentang juruterbang dan atendan kapal terbang, Pan Am dan sebuah siri epik penuh pengembaraan, Terra Nova.

Judul siri popular yang akan terus bersiaran di ntv7 pula ialah Two And A Half Men, Glee, Bones, Private Practice, Grey’s Anatomy, Fringe, Lie To Me, The Mentalist dan Drod Dead Diva dengan musim baru.

Sitkom berbahasa Inggeris terkenal daripada Singapura, Fighting Spiders turut kembali dengan musim terbaru di TV Malaysia tentunya di ntv7.

ntv7 juga akan cuba mendekati masyarakat melalui acara Karnival Yuan dan larian amal Feel Good Run. Acara sebegini dapat membentuk kehidupan berkeluarga.

Tidak ketinggalan anugerah Golden Awards akan dianjurkan lebih meriah dan istimewa berbanding sebelum ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Juga ikuti perkembangan terbaru tentang ntv7 di Twitter dan Facebook.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan