Iqa (Mentor) Tak Sabar Duet Dengan Awi Rafael

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqa Mentor
Iqa Mentor

KUALA LUMPUR: Bekas peserta Mentor musim kelima (Mentor 5), Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25 memberitahu teruja untuk berkerjasama dengan penyanyi Awi Rafael untuk single terbarunya.

Kata Iqa, dia meminati dan kagum dengan bakat penyanyi muda tersebut yang membawa identiti dan muzik tersendiri.

"Saya sering berjumpa dia ketika persembahan sehingga datang idea untuk kami berkolaborasi untuk single terbaru.

"Bagi saya dia seorang yang berbakat dan yang paling penting membawa muzik yang sealiran dengan saya," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Tambah Iqa, mereka kini dalam proses memilih lagu yang sesuai dengan suara masing-masing.

"Dia cari penyanyi perempuan yang pandai bermain gitar, sementara saya memang sedang mencari rakan duet yangs esuai.

"Namun sekarang masih diperingkat perbincangan dan jika tiada halangan saya mahu memuatkan lagu tersebut dalam mini album saya nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, selain bidang nyanyian dia turut bakal keluar dengan filem 29 Februari yang dijangka keluar tahun depan.

"Sebelum memasuki Mentor saya pernah berlakon beberapa drama dan video klip, untuk filem 29 Februari saya hanya sebagai cemeo yang memeggang watak sebagais eorang peguam.

"Secara jujurnya saya memang minat bidang lakonan tetapi mungkin belum ada rezeki lagi," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan