New Zealand Beri Pengalaman Baru Buat Henry Golding

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Ketua Pemasaran AirAsiaX, Ibrahim Ivan Omar, Pengurus Pemasaran Kreatif dan Komunikasi 8TV, Farah Shamsudin, Pengurus Produk AirAsiaX, Melanie Wong dan Henry Golding pada majlis pelancaran program Now Everyone Can Fly To New Zealand(8TV) pada Khamis. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.
(Dari kiri) Ketua Pemasaran AirAsiaX, Ibrahim Ivan Omar, Pengurus Pemasaran Kreatif dan Komunikasi 8TV, Farah Shamsudin, Pengurus Produk AirAsiaX, Melanie Wong dan Henry Golding pada majlis pelancaran program Now Everyone Can Fly To New Zealand(8TV) pada Khamis. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.

PETALING JAYA: Pengacara berbakat, Henry Golding sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak 8TV untuk mengendalikan sebuah rancangan baru berjudul Now Everybody Can Fly to New Zealand.

Henry ketika ditemui pada pelancaran program itu berkata, pengalaman mengendalikan program itu cukup menarik kerana dia dapat menjelajah ke bumi New Zealand yang mempunyai pelbagai aktiviti lasak untuk diterokai.

"Sejujurnya pengalaman mengendalikan program itu memberi satu makna lain kepada hidup saya kerana semasa menjalani penggambaran di sana saya telah melakukan pelbagai aktiviti diluar batas imaginasi saya.

"Malah saya telah berjaya mengatasi beberapa ketakutan saya sepanjang berada di sana. Satu pengalaman yang cukup indah buat saya," ujarnya.

Sementara itu, menurut Pengurus Pemasaran Kreatif dan Komunikasi 8TV, Farah Shamsudin, program terbaru itu akan memaparkan keindahan dan keistimewaan destinasi menarik di New Zealand.

Mendapat kerjasama daripada AirAsiaX, Now Everybody Can Fly to New Zealand juga akan memaparkan kebudayaan dan cara hidup masyarakat di sana untuk tonton penonton.

"Dalam lapan episod program itu anda akan melihat pelbagai perkara menarik mengenai New Zealand dan akan memberikan banyak pengisian menarik terutamanya kepada penonton yang gemar melancong," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran AirAsiaX, Ibrahim Ivan Omar berkata, pihaknya akan menaja lapan keping tiket untuk diberikan kepada lapan penonton bertuah.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah menonton program itu kerana setiap minggu kita akan berikan sekeping tiket kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab soalan dengan betul," ujarnya.

Ibrahim berkata, penerbangan ke Christchurch telah pun dilancarkan oleh AirAsiaX pada April lepas yang menyediakan empat penerbangan dalam seminggu.

Now Everybody Can Fly to New Zealand bakal disiarkan bermula 6 November, setiap Ahad pukul 10.30 malam di 8TV.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan