Kepelbagaian Program Menarik Media Prima 2012

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan barisan kandungan rancangan menarik yang bakal disiarkan untuk 2012.

Pelbagai rancangan baru dan terbaik ditawarkan oleh stesen-stesen Media Prima iaitu, TV3, NTV7, 8TV dan TV9 sepanjang tahun hadapan termasuk rancangan berbentuk siri dari Amerika Syarikat dan drama-drama Asia terbaik.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, susunan program terbaru rangkaian itu akan merangkul capaian lebih jauh dan berkesan dalam memastikan dapat menarik minat menonton.

Ahmad Izham berkata, pihaknya akan terus memastikan semua penonton berpuas hati dengan semua prorgram di saluran milik Media Prima.

"Media Prima kini menguasai 49 peratus daripada penonton di negara ini dan peratusan itu adalah tertinggi . Oleh itu kami perlu memastikan semua program yang disajikan adalah terbaik.

"Untuk tahun hadapan sahaja kami telah melabur hampir RM250 juta untuk program berkualiti dan penjenamaan bagi mengekalkan penonton teras kami, di samping melebarkan capaian kepada penonton generasi baru yang lebih luas," katanya.

Ahmad Izham berkata demikian pada sidang media selepas majlis pra tonton program terbaru Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat.

Antara rancangan terbaru yang bakal disiarkan di TV3 adalah seperti drama bersiri Atas Nama Cinta, Malaya, Bukan Bidadari, Amukan Puchong, Mahabbah dan sebagainya.

Manakala, Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), Anugerah Bintang Popular ke-25 (ABPBH 2011) dan Anugerah Skrin 2012 dijangka akan menyemarakkan lagi kerancakan program di TV3.

Tidak cukup dengan itu, TV3 juga akan membawakan program-program daripada United Kingdom dan Fillipina seperti drama bersiri Merlin dan Endless Love.

Manakala program berbentuk majalah seperti Majalah 3, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999, 360, Bersamamu dan Nona akan kekal bersiaran pada waktu perdana.

Rancangan berbentuk hiburan seperti Melodi, Muzik-Muzik, Jalan Jalan Cari Makan, Jangan Tidur Lagi, Fuhhh dan Mentor juga masih dikekalkan selain memperkenalkan program hiburan terbaru Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Ahmad Izham berkata berkata, program realiti seperti Mentor dan Vokal Bukan Sekadar Rupa dijangka akan terus mendapat perhatian kerana ia mempunyai pengikut tersendiri selain mendapat sambutan menggalakkan dari penonton.

"Rancangan seperti Mentor sentiasa mendapat perhatian daripada penonton dan kini program Vokal Bukan Sekadar Rupa mempunyai rating meningkat walaupun ia masih baru. Ia sesuatu yang baik," ujarnya.

Sementara itu, stesen nombor dua negara, TV9 akan memperluaskan dimensi penonton mereka lebih luas dengan memperkenalkan program terbaru sepeerti 9X yang menfokuskan kepada remaja yang meminati muzik dan kreativiti.

Selain itu, TV9 juga akan memasukkan beberapa program antarabangsa seperti Teenwolf, Nine Lives of Chloe King dan Soundcheck.

"Kita juga akan memperkenalkan sebuah program realiti bertajuk VS (VERSUS) dengan kerjasama daripada Hot FM iaitu sebuah pertandingan nyanyian dengan hadiah lumayan berjumlah RM250,000.

Tidak ketinggalan slot drama masih dikekalkan dengan penambahan beberapa siri baru seperti Pulau dan Bulan, Bintang dan Kita. Selain itu antara drama yang dijangka popular adalah Cinta Jangan Pergi dan Friday I'm In Love.

"Paling menarik bersempena EURO 2012 tahun depan kita akan memperkenalkan sebuah program untuk peminat bola iaitu Gila Bola yang akan dihoskan oleh Seelan Paul dan Kieran daripada Hot FM," ujarnya.

Dalam pada itu, stesen 8TV, bakal menyiarkan The Vimpire Diaries, Gossip Girl, Criminal Minds, Desperate Housewives musim terkahir, Revenge, Switched at birth, American Idol 10, The X-Factor, Teen Choice Awards, MTV Movie Awards dan MTV Video Music Awards.

Selain itu, ntv7 turut menyiarkan musim terbaru Grey's Anatomy, Two And A Half Men, Glee, Bones, Lie To Me, The Mentalist, Drop Dead Diva dan Fighting Spiders sebuah drama daripada Singapura yang dijangka akan mendapat perhatian penonton.

Manakala program bual bicara seperti The Oprah Winfrey Show, The Martha Stewart Show, The Rachael Ray Show dan Bella akan diteruskan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan