Meet Uncle Hussain Pilih Nubhan Nyanyi Lagu Pokok

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nubhan (kiri) akan menyanyikan lagu Pokok bersama-sama Meet Uncle Hussain pada pertandingan separuh akhir AJL 26 pada 25 November depan. - Foto AHMAD IZZRAFIQ
Nubhan (kiri) akan menyanyikan lagu Pokok bersama-sama Meet Uncle Hussain pada pertandingan separuh akhir AJL 26 pada 25 November depan. - Foto AHMAD IZZRAFIQ

PETALING JAYA: Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) nekad untuk memilih penyanyi Nubhan berbanding Hazama untuk menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.

Lagu tersebut akan dipertandingkan pada 25 November depan, pukul 9 malam di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu.

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya sebab kami memilih Nubhan dan tidak Hazama.

“Ini kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut.

“Kebetulan, Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26.

“Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada kami.

“Lagu Pokok memang lagu yang dicipta khas untuk Hazama. Bagaimanapun sekiranya Nubhan yang akan bawakan, Taja pasti lakukan susunan semula lagu itu agar bersesuaian untuk Nubhan.”

Sementara itu, Nubhan ketika diminta memberikan komen tentang perkara tersebut, dia hanya menyerahkan perkara itu kepada MUH.

“Saya hanya menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Pokok sekiranya diminta oleh MUH.

“Bagaimanapun, saya berharap peminat lagu ini tidak membandingkan suara antara saya dan Nubhan,” kata Nubhan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan