Amy Search Muncul Dalam Bukan Empat Mata

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Program Bukan Empat Mata bakal menemui penonton di saluran BINTANG 141 Astro.
Program Bukan Empat Mata bakal menemui penonton di saluran BINTANG 141 Astro.

PETALING JAYA: Lagenda rock Malaysia, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search bakal muncul dalam program Bukan Empat Mata yang dihoskan selebriti terkenal Indonesia, Tukul Arwana.

Bakal disiarkan pada 28 Oktober ini pukul 9 malam di saluran Bintang 141 Astro, Amy turut akan menghiburkan penonton dengan persembahan hebat melalui lagu Isabela dan Fantasi Bulan Madu yang cukup popular di sana.

Selain Amy, pada program yang bertajuk c'mon let's rock and roll itu, turut membuat kemunculan adalah Kumpulan The Cash, Mala dan Tya Ariesta.

Hosnya, Arwana atau nama sebenarnya Tukul Riyanto, 48, cukup bersahaja ketika mengendalikan program itu dengan ungkapan popularnya seperti ‘kembali ke laptop’,‘amazing’ dan ‘sangat luar biasa’ antara slogan yang menarik minat peminat Bukan Empat Mata.

Bukan Empat Mata merupakan sebuah program bual bicara yang popular dan sinonim dengan masyarakat Indonesia dengan membawa tema atau tajuk perbincangan yang berbeza beza dalam setiap episodnya.

Selain daripada itu, program ini juga menjadi kegemaran masyarakat Indonesia kerana dalam setiap episodnya pasti akan menjemput tetamu-tetamu istimewa di kalangan selebriti Indonesia yang popular.

Memenuhi citarasa dan minat penonton Malaysia, INDOPEK melalui saluran Bintang 141 akan menyiarkan episod menampilkan tetamu-tetamu undangan seperti Rhoma Irama, Lis Dahlia, Dewi Perssik, Marshanda, Wali Band, Anang, Syahrini dan tidak ketinggalan juga selebriti dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy.

Bagi penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya pada Jumaat, boleh menyaksikan episode ulangan ‘C’mon Lets Rock and Roll’ pada Hari Sabtu pukul 1 pagi.

Saluran Bintang 141 dapat dilanggan melalui INDOPEK di Astro pada harga RM12 sebulan.

Penonton akan dapat menonton Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 yang mana ia merupakan Saluran hiburan Indonesia tanpa henti.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan