Alkohol Punca Kematian Amy Winehouse

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy Winehouse.
Amy Winehouse.

LONDON: Selepas tiga bulan kematian mengejut penyanyi jazz popular, Amy winehouse, hasil keputusan daripada bedah siasat menunjukkan Amy mati disebabkan oleh alkohol dan bukannya dadah seperti dilaporkan.

Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Inkues Suzanne Greenway dan memberitahu kematian Amy disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan yang menyebabkan keracunan.

Sebelum ini ujian autopsi yang dijalankan menemui jalan buntu apabila kematiannya tidak dapat dikenal pasti walaupun tiada dadah ditemui dalam sistemnya.

Suzanne memberitahu jawatankuasa inkues yang menyiasat kes tersebut bahawa pihaknya mendapati Amy telah mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti banyak dan melebihi limit yang boleh ditampung oleh sistem seseorang.

Pada 23 Julai, Amy ditemui mati di kediamannya di utara London dan ketika itu pihak polis menyifatkan kematiannya sebagai kematian mengejut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan