Album Baru Dicetak Rompak, Jamal Abdillah Ambil Tindakan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Urusan Atmosphere 360, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir (kiri) dan pengurus Jamal Abdillah, Ali Razak Mastor (kanan) semasa sidang media A Night with Jamal Abdillah on 11.11.11 di Menara Kuala Lumpur di sini, Selasa. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Pengarah Urusan Atmosphere 360, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir (kiri) dan pengurus Jamal Abdillah, Ali Razak Mastor (kanan) semasa sidang media A Night with Jamal Abdillah on 11.11.11 di Menara Kuala Lumpur di sini, Selasa. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah kecewa apabila album terbarunya, Raja Pop II telah dicetak rompak walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Pengurus penyanyi itu, Ali Razak Mastor berkata, Jamal sendiri telah pergi ke beberapa lokasi pasar malam di sekitar Petaling Jaya dan menemui album terbarunya dijual dengan harga RM10.

"Jamal sangat kecewa apabila album terbarunya itu telah dicetak rompak kerana ia masih belum dilancarkan," ujarnya selepas majlis pelancaran A Night With Jamal Abdillah on 11.11.11 di Menara Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Ali, Jamal telah pun membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkara itu.

"Jamal berharap akan ada tindakan susulan dibuat berhubung perkara itu," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai persembahan istimewa Jamal di Atmosphere 360 pada 11 November depan, Pengarah Urusan restoran tersebut, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir berkata, pihaknya berbesar hati dapat mengundang penyanyi popular itu dan yakin ia akan mendapat sambutan daripada peminat.

Ujarnya, penglibatan Jamal dalam bidang seni suara hampir 30 tahun dan mempunyai peminat tersendiri menjadikan penyanyi itu menjadi pilihan utama.

Mohd Sabri berkata, Jamal akan menyanyikan enam buah lagu untuk para peminatnya dan persembahan itu nanti akan menjurus kepada ramah-mesra bersama tetamu yang hadir.

"Persembahan Jamal nanti akan lebih tertumpu kepada ramah mesra dengan tetamu dan tidak hanya menyanyi di pentas.

"Atmosphere 360 akan menyediakan dua meja VIP yang boleh memuatkan 10 orang yang akan dijual pada harga RM15,000.

"Manakala untuk meja biasa bayaran sebanyak RM1,000 akan dikenakan untuk setiap individu," katanya.

Menariknya kata Mohd Sabri, pada malam itu nanti tetamu bukan sahaja akan dihiburkan oleh Jamal malah akan dihidangkan dengan makanan istimewa selain beberapa kejutan lain.

"Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan apa yang bakal tetamu nikmati pada malam itu nanti," ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tiket A Night With Jamal Abdillah on 11.11.11, boleh menghubungi 03-2020 2121.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan