80 Buah Kereta Konvoi Promosi Filem "Misteri Jalan Lama"

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gayatri melancarkan filem Misteri Jalan Lama
Gayatri melancarkan filem Misteri Jalan Lama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 buah kereta terlibat dalam acara Konvoi Misteri Jalan Lama Bersama SMART Tunnel & Keicarmania bagi yang merentasi ebberapa jalan utama di Kuala Lumpur melalui Lebuhraya SMART.

Menurut Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai acara dianjurkan bagi mempromosi filem Misteri Jalan Lama yang bakal ditayangkan pada 24 November depan.

"Ini merupakan promosi pertama untuk filem ini, dan ia merupakan acara promosi yang berbeza dari yang kebiasaannya.

"Selain mempromosikan filem ia secara tidak langsung dapat kerjasama dari Lebuhraya SMART dan Kelab Kenderaan Keicarmania," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Filem Misteri Jalan Lama, di Taman Titiwangsa, Rabu.

Konvoi yang bermula tepat kira-kira pukul 3 petang itu memulakan perjalanan dengan memasuki terowong SMART dan melalui Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Bulatan Pahang dan berakhir di Tasik Titiwangsa.

Dalam pada itu, Gayatri berkata dia tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap kutipan filem tersebut, namun mengharapkan yang terbaik.

"Susah bila bercakap tentang sasaran kutipan kerana ia sukar untuk dijangka, jika saya letak sasaran yang rendah tetapi filem tersebut meletup orang akan cakap saya tidak yakin.

"Tetapi bila saya letak sasaran yang tinggi tetapi filem itu kurang mendapat sambutan, lain pula pendapatnya. Oleh itu saya hanya buat yang terbaik dan berharap mendapat kutipan yang terbaik," katanya.

Ketika ditanya tentang proses filem tersebut yang mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya, Gayatri berkata ia disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

"Filem ini mengambil masa yang lama kerana kita mahu kualiti yang terbaik dan tidak mahu buat sambil lewa sahaja,

"Lagipula filem ini menggunakan 50 peratus teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang mengambil masa agak lama untuk disiapkan," katanya.

Tambah Gayatri, cabaran utama dalam pembikinan filem ini adalah rekaan kostum-kostum yang digunakan oleh pelakon adalah ditempah khas untuk filem tersebut.

"Kami beli semua kostum melalui Internet dan ia bukan sesuatu yang senang kerana terpaksa mereka sendiri kostum tersebut menjadi apa yang dimahukan dalam watak tersebut.

"Kostum tersebut juga terlalu tebal dan pelakon-pelakon yang menggunakan kostum terpaksa menahan panas sepanjang penggambaran," katanya.

Filem fantasi drama ini mengisahkan dua dunia berbeza dua beradik iaitu Indra dan Ilya, namun berlandaskan kasih sayang.

Kedua adik beradik ini mempunyai cara hidup yang berbeza dan sering bercanggahan pendapat, suatu hari apabila kedua-dua beradik ini menggunakan sebuah jalan lama mereka telah memasuki alam yang lain dari alam nyata.

Filem ini dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Que Haidar, Hans Isaac, Marion Counter, vanidah imran dan Nasir Bilal Khan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan