Hazama Beralah Dengan Nubhan Nyanyi Lagu Pokok?

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hazama dan Nubhan pernah berpeluang menyanyikan lagu Pokok dalam persembahan sebelum ini. - Foto AHMAD IZZRAFIQ
Hazama dan Nubhan pernah berpeluang menyanyikan lagu Pokok dalam persembahan sebelum ini. - Foto AHMAD IZZRAFIQ

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama Ahmad Azmi (Hazama), 27, dijangka tidak akan menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 seperti yang pernah dirakamkan olehnya dengan kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebelum ini.

Sebagai ganti, penyanyi Nubhan yang akan membawakan lagu tersebut memandangkan penyanyi itu pernah membuat beberapa persembahan dengan Meet Uncle Hussain sebelum ini.

“Saya tidak kisah sesiapa pun akan menyanyikan lagu Pokok kerana semuanya terserah kepada Meet Uncle Hussain.

“Tetapi jika mereka mahu saya menyanyikan lagu tersebut, saya boleh menyanyikannya. Jika tidak, saya tidak berbuat apa-apa kerana lagu itu bukan lagu saya.

"Saya hanya menyanyikannya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sidang media separuh akhir AJL 26 di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, di sini, Selasa.

Menurut Hazama, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan MUH, cuma mereka sudah tidak bekerjasama sejak dia mengikat kontrak dengan pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas menjuarai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan baru-baru ini.

“Kami tidak bergaduh atau mempunyai apa-apa masalah cuma masing-masing tidak mempunyai masa untuk berkerjasama lagi.

“Jadi, saya serahkan kepada mereka untuk menetapkan penyanyi yang akan menyanyikan lagu itu nanti kerana mereka lebih mengetahui kekuatan antara saya dan Nubhan.

“Saya harap dapat menyanyikan lagu itu tetapi jika tidak pun tidak mengapa,” katanya lagi.

Untuk separuh akhir AJL 26, Hazama bakal mempertaruhkan lagu Cinta Teragung ciptaan sepenuhnya oleh Kuncidemak pada 25 November depan, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9 malam. Kebetulan lagu Pokok juga akan bertanding pada hari yang sama.

“Saya rasa gugup juga apabila tercalon dalam pertandingan ini buat pertama kali kerana persaingannya sangat dahsyat dan di luar jangkaan.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila lagu tersebut berjaya ke peringkat separuh akhir AJL 26. Jika layak ke peringkat akhir, ia sudah memberikan pencapaian yang terbaik,” ujarnya yang sibuk dengan aktiviti seninya yang padat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan