Pertandingan Golf Kebajikan 2011, FFM24 Tawar Audi A1

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harun Salim Bachik menunjukkan kemahirannya dalam sukan golf pada sidang media pertandingan golf kebajikan bersama artis 2011.
Harun Salim Bachik menunjukkan kemahirannya dalam sukan golf pada sidang media pertandingan golf kebajikan bersama artis 2011.

PETALING JAYA: Penganjur Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) akan menganjurkan pertandingan Golf untuk kebajikan bersama selebriti pada 10 November depan di Tropicana Golf & Country Resort.

Pengerusi penganjur, Wendy Wong berkata aktiviti ini dianjurkan sebagai salah satu promosi FFM24 dan secara tidak langsung membantu artis-artis yang memerlukan.

"Sempena FFM24 ini kita mahu penglibatan dari ramai selebriti dan orang ramai dalam aktiviti yang kami anjurkan. Aktiviti ini juga adalah bertujuan mengumpul dana dan membantu selebriti yang kurang upaya.

"Dana hasil kutipan tersebut akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Penghibur-penghibur India Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia," katanya pada sidang media FFM24 untuk Kebajikan Bersama Selebriti, di sini, Selasa.

Selain itu, Wendy berkata pemilihan sukan Golf adalah bagi menarik lebih ramai syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang berminat dalam sukan ini untuk menderma.

"Kita sudah biasa dengan sukan-sukan seperti futsal atau bola sepak, kali ini kita cuba menarik minat pemain golf untuk menyerti pertandingan ini sambil menderma.

"Lagi pula ramai selebriti Malaysia yang meminati dan baru berjinak-jinak dalam sukan yang mempunyai kelas tersendiri ini," katanya.

Dalam pada itu, pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Piala FFM24 dan Piala Selebriti. Manakala pemenang utama bakal membawa pulang ialah kereta Audi A1 bernilai RM180,000.

Antara artis yang bakal bertanding ialah Fauziah Latif, Hattan, Harun Salim Bachik, Harith Iskandar, Amber Chia, Ahmad Tamimi Siregar, Betty Benafe dan Farahdhiya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan