Bekas Isteri Zainal Abidin Tanggung Persekolahan Anak

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainal Abidin.
Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR: Bekas isteri kepada penyanyi, Zainal Abidin memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia menanggung semua perbelanjaan pendidikan dua anak mereka.

Natasha Gabriel Abdullah berkata, perbelanjaan itu meliputi yuran tahunan, yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), yuran tambahan, pengangkutan dan juga perbelanjaan tambahan untuk pendidikan khas anak sulungnya, Mikhail, 18, yang merupakan seorang autisme.

Selain itu, bekas model itu juga menanggung perbelanjaan persekolahan rendah dan menengah anak perempuannya, Timur, 16, yang kini bersekolah di sekolah menengah swasta di ibu negara yang berjumlah RM56,729.90.

"Sekiranya yuran sekolah tidak dibayar dan telah cukup tempoh, anak saya boleh diberhentikan daripada sekolah terbabit. Tetapi,Timur tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti itu.

"Saya juga membayar bas yang dinaiki Timur untuk ke sekolah. Sebelum ini, saya membayar RM210 sebulan, tetapi sejak setahun lalu saya membayar RM250 sebulan," kata Natasha yang disoal oleh peguam syarienya, Norhusniah Husin.

Katanya lagi, Timur mula bersekolah di sekolah swasta sejak tingkatan satu dan untuk pendidikan rendah, dia menghadiri tiga buah sekolah bantuan kerajaan.

Mengulas mengenai pendidikan Mikhail, Natasha berkata anaknya dihantar ke sebuah sekolah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa, sebelum ditukarkan ke sekolah swasta khusus dalam pendidikan khas.

Katanya, semua perbelanjaan di sekolah swasta yang terletak di Wangsa Maju, di sini juga ditanggung olehnya sendiri.

"Adakalanya saya akan membayar secara tunai dan adakalanya saya menggunakan cek, terutamanya jika ia melibatkan jumlah yang besar," tambah Natasha.

Wanita yang bertubuh tinggi lampai itu seterusnya memberitahu, bayaran pendidikan Mikhail juga meliputi yuran tambahan semasa remaja tersebut mengikuti rombongan sekolah.

Pada prosiding itu, Natasha turut mengemukakan beberapa resit pembayaran yuran sekolah, pembelian buku-buku dan peralatan sekolah serta bayaran pakaian seragam anak-anak yang telah dijelaskannya.

Natasha, 52, berkahwin dengan Zainal Abidin atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 51, pada 24 Mac 1987 dan pasangan itu disahkan bercerai pada 12 Disember 2000.

Ketika ditanya Norhusniah, apakah tujuan dia mengemukakan semua dokumen itu, Natasha menjawab:

"Saya mahu membuktikan bahawa saya telah menyekolahkan anak-anak saya di sekolah yang bagus dan anak-anak saya berkembang dengan baik."

Natasha berkata demikian pada perbicaraan permohonan tuntutan hutang nafkah dua orang anak daripada tahun 2002 berjumlah RM167,102.04 terhadap Zainal Abidin.

Bekas vokalis kumpulan Headwind itu juga menghadapi tuntutan Natasha untuk mengubah perintah nafkah bulanan anak yang berjumlah RM200 dinaikkan menjadi RM1,200 sebulan untuk seorang anak.

Natasha yang memfailkan permohonan itu tahun lalu juga memohon agar nafkah perbelanjaan hari raya berjumlah RM150 diubah menjadi RM300 seorang manakala belanja persekolahan Mikhail ditetapkan pada jumlah RM3,500 sebulan dan RM2,000 bagi pendidikan Timur.

Pada prosiding itu, Zainal Abidin diwakili oleh peguam syarienya Abdul Halim Bahari.

Perbicaraan dihadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain akan bersambung pada 15 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan