Amirah (Tilu) Nafi Dakwaan Berpecah, Bakal Muncul Album Kedua

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Tilu (dari kiri) Jeffny, Deo, Amirah, Puja dan Joha. - Foto oleh SAUFI NADZRI
Kumpulan Tilu (dari kiri) Jeffny, Deo, Amirah, Puja dan Joha. - Foto oleh SAUFI NADZRI

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Tilu, Noor Amirah Asraf (Mira) menafikan dakwaan terbaru kononnya kumpulan itu sudah berpecah ekoran kesibukan anggotanya dengan komitmen masing-masing.

Sebaliknya, Mira berkata kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda itu sedang giat menjalani proses rakaman lagu-lagu untuk album kedua mereka yang dijangka menemui peminat pada hujung tahun ini atau awal 2012.

“Mungkin orang ramai sudah tersalah faham. Itu sebab mereka sangka Tilu sudah berpecah. Memang kami kurang aktif dan tidak banyak muncul di acara umum dan media kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

“Itu tidak bermakna kami sudah berpecah. Sebenarnya kami sedang melakukan rakaman lagu-lagu untuk album kedua. Hakikatnya, kami kerap berkumpul pada waktu malam atau hujung minggu di studio atau memenuhi mana-mana persembahan nyanyian,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Mira berkata, pada hari-hari biasa dia sendiri sibuk dengan pengajiannya dalam bidang bahasa Inggeris Linguistik di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Saya masih lagi belajar dan semester baru pengajian baru bermula. Jadi, pada hari-hari biasa saya sibuk dengan kuliah manakala anggota yang lain juga punya kerja tetap masing-masing.

“Tapi, kami masih bersama dan aktif sebenarnya. Pada hujung minggu lalu kami baru saja membuat persembahan di acara Petronas MotoGP di KLCC,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata, mereka kini sedang menyiapkan lagu single terbaru berjudul Cinta Monyet yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Lagu ciptaan kumpulan itu sendiri akan menjadi single pertama mereka sebelum album kedua tersebut dipasarkan kelak.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan