Zainal Abidin Pertikai Yuran Sekolah Anak

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainal Abidin.
Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Zainal Abidin mempertikaikan kesahihan yuran sekolah anak lelakinya yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

Yuran persekolahan Mikhail, 18, dikemukakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain pada perbicaraan tuntutan hutang nafkah dua orang anak yang difailkan oleh bekas isteri penyanyi itu, Natasha Gabriel Abdullah.

Peguam syarie Abdul Halim Bahari yang mewakili bekas vokalis kumpulan Headwind itu berkata, pihaknya tidak mengetahui jika Mikhail benar-benar bersekolah di sebuah sekolah swasta di Wangsa Maju, di sini.

Justeru itu, beliau berpendapat, pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut seharusnya dipanggil untuk mengesahkan perkara itu di mahkamah.

Mohd Amran seterusnya menetapkan agar perbicaraan itu disambung pada Selasa.

Pada prosiding singkat itu, Natasha, 52, yang merupakan bekas model memberikan keterangan bertulis dan mengemukakan pelbagai dokumen berhubung pembayaran yuran sekolah, kelas agama dan perubatan Mikhail yang merupakan seorang autisme.

Natasha diwakili oleh peguam syarie Norhusniah Husin.

Wanita tersebut memfailkan permohonan bagi menuntut hutang nafkah anak mereka yang berjumlah RM167,102.04 yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2002 dengan menamakan Zainal Abidin, 51, sebagai defendan.

Zainal Abidin atau nama penuhnya Zainal Abidin Mohamed bernikah dengan Natasha Gabriel pada 24 Mac 1987 dan selain Mikhail, mereka juga mempunyai seorang anak perempuan, Timur, 16 tahun.

Pasangan tersebut bercerai pada 12 Disember 2000.

Selain permohonan tuntutan tersebut, Zainal Abidin juga menghadapi permohonan untuk mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran anak-anak tersebut yang difailkan Natasha Gabriel pada tahun lalu.

Natasha memohon agar nafkah bulanan RM200 bagi setiap anak dinaikkan menjadi RM1,200 seorang, manakala nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.

Wanita tersebut juga menuntut agar perbelanjaan bulanan persekolahan dua anaknya di sebuah sekolah swasta dinaikkan, iaitu RM3,500 bagi Mikhail dan RM2,000 sebagai perbelanjaan Timur.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan