Laluan Sukar Alvin Untuk Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGALAMAN 17 tahun melalui setiap liku hidup dalam industri seni tanah air banyak mengajar penyanyi Alvin Anthons, 35, (gambar) agar menjadi seorang yang lebih positif.

Setiap turun naik, jatuh bangun yang dilalui oleh pemuda berbintang Sagittarius ini pasti akan dikenang sampai bila-bila dan menjadi kekuatan untuknya meneruskan hidup ini.

“Kehidupan yang dilalui seseorang itu berbeza bergantung kepada pengaruh sekeliling. Ada yang baik dengan saya dan memberikan nasihat serta sokongan dengan hati yang ikhlas.

“Malah ada juga sebaliknya yang datang untuk mempergunakan kita. Setiap jenis orang yang berada di sekeliling mampu mempengaruhi fizikal dan mental kita sekali gus membuatkan kita berfikir untuk menjadi orang yang baik pada masa akan datang.

“Kita tidak mengetahui masa depan masing-masing. Tetapi kita perlu pandai untuk mengendalikan setiap cabaran yang dilalui ini dengan belajar daripada kesilapan,” katanya kepada OopStarz!

Sebelum bergelar penyanyi, pemuda berbangsa India ini pernah bekerja di belakang tabir selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam masa yang sama, dia melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Advance Tutorial Centre (ATC), Kuala Lumpur dan seterusnya mengikuti pengajian diploma dalam bidang perniagaan di Kolej Binary.

“Saya pernah bekerja sebagai kru di syarikat mengurus acara hampir tiga tahun. Saya juga belajar melihat deejay acara. Selain itu, saya pernah menjadi badut sambilan kurang daripada setahun.

“Pada tahun 2000, saya ditawarkan mengendalikan program bual bicara Let’s Talk di RTM selama tiga musim. Saya juga pernah menjadi pengacara majlis untuk pertandingan ratu cantik melibatkan Miss World Malaysia 2007, Deborah Henry dan sebuah lagi acara membabitkan Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci.

“Paling membanggakan apabila mengendalikan konvensyen angkasawan ‘Association of Space Explorers Congress’ pada tahun lalu. “Sekarang, saya sudah mempunyai syarikat sendiri yang mengurus acara iaitu Mainstream Entertaiment sejak tahun 2000.

“Karier saya lebih meluas sebagai ahli perniagaan, hos televisyen, pengacara majlis dan penyanyi,” katanya yang mengakui penguasaan bahasa Malaysia dengan baik memberikan banyak kelebihan kepadanya.

Bermula dari minat menyanyi di bangku sekolah dan menubuhkan kumpulan muzik, Alvin mula bergelar penyanyi rakaman pada tahun lalu.

Menariknya, semua lagu dalam albumnya berbahasa Malaysia yang bertemakan cinta dengan adunan muzik pop rock.

“Saya berjumpa dengan komposer Ajai tidak lama dulu dan baru tahun lalu kami merancang untuk membikin single pertama saya berjudul Berdua yang baru diputarkan di corong radio.

“Selepas ini, saya akan tampil dengan tiga single lagi sebelum menerbitkan album mini,” katanya yang turut mengikuti kelas vokal dan bakal tampil dengan muzik video.

Foto SAUFI NADZRI (Pelatih dari Kolej Segi)

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan