‘Supertots’ Ikon Kartun Terbaharu Selepas ‘Upin Ipin’

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang kuat dan belakang tabir yang menjadi tulang belakang kejayaan Supertots. - Foto ELLIS KHAN
Orang kuat dan belakang tabir yang menjadi tulang belakang kejayaan Supertots. - Foto ELLIS KHAN

PETALING JAYA: Kartun Animasi 3D Supertots di TV3 menampilkan karya terbaru anak tempatan yang bakal menjadi ikon selepas Upin Ipin dan BoBoiBoy.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Netcarbon Sdn Bhd, Mohd Rashdan Ramlee, siri dalam bahasa Inggeris ini bakal memberikan kelainan berbanding Upin Ipin dan BoBoiBoy apabila memaparkan tentang pengembaraan di angkasa lepas dengan bertemakan ‘Imagine. Explore. Discover’.

“Alhamdulillah, selepas kartun ini dimulakan pada tahun 2008 dan menerokai pasaran antarabangsa, kami agak berbangga dengan respons yang memberangsangkan daripada stesen-stesen penyiar di seluruh dunia.

“Selain di negara ini, siri tersebut telah berjaya menembusi pasaran Brunei, Sweden dan Sepanyol,” katanya dalam satu sidang media Supertots di Sri Pentas, Bandar Utama, Jumaat.

Supertots mengisahkan tentang sekumpulan penjaga keamanan yang terdiri daripada lima orang adiwira iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Blinq dan Sasha yang bertugas sebagai pegawai Superfleet dalam mengawasi galaksi dan dibantu oleh Atoq, sebuah sistem komputer penjaga yang pelupa.

Tambah Rashdan, idea untuk menghasilkan kartun ini tercetus daripada tiga orang anaknya Danny, Elly dan Alan di mana nama-nama mereka turut diserap menjadi watak-watak hero cilik dalam animasi ini.

“Anak-anak saya iaitu Danny, Elly dan Alan menjadi inspirasi saya untuk menerbitkan kartun Supertots ini.

“Saya meniru sedikit sebanyak karakter mereka untuk diserap dalam kartun ini. Cuma kami membina ceritanya berkonsepkan angkasa lepas bagi memberikan kelainan kepada Upin Ipin yang lebih berlatarkan kampung manakala BoBoiBoy kehidupan di bandar,” ujarnya lagi.

Menyentuh tentang perancangan baru kartun tersebut, Rashdan akan menghasilkan siri tersebut dalam versi Bahasa Malaysia yang akan disiarkan selepas versi Bahasa Inggeris selesai.

“Kami mempunyai alasan mengapa menghasilkan kartun ini dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu kerana mempunyai sasaran untuk dibawa keluar negara.

Siri 13 episod ini sedang ditayangkan di TV3 pada setiap Sabtu, pukul 9 pagi mulai 15 Oktober lalu.

Siri animasi ini juga telah mendapat anugerah Animasi Terbaik daripada Anugerah ICT NEF-AWANI pada tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan