Nazril Idrus Selalu Pulang Awal Kerana Si Kembar

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazril dan Sazzy bersama anak kembar mereka.
Nazril dan Sazzy bersama anak kembar mereka.

PETALING JAYA: Pengacara Nazril Idrus atau Nash berkata sejak menjadi bapa hampir enam bulan lalu, dia akan pulang ke rumah sebelum pukul lapan malam untuk menghabiskan masa bersama dua puteri kembarnya Iman Lilly dan Tiara Rose dan isterinya, aktres Sazzy Falak.

Nash berkata, pengalaman menjadi bapa telah mengubah kehidupannya secara menyeluruh. Ia secara tidak langsung menjadikan dirinya sangat komited dan mengutamakan keluarga tercinta dalam apa juga perkara yang dilakukan.

“Sejak menjadi bapa, tanggungjawab dan komitmen menjadi semakin besar. Saya akan pastikan pulang ke rumah pada pukul 8 malam setiap hari untuk meluangkan masa bersama anak kembar saya, Iman Lilly dan Tiara Rose.

“Saya perlu mencipta suasana kasih sayang dalam keluarga. Mujurlah saya mempunyai isteri yang hebat yang sentiasa menyokong di sisi,” katanya. Nash menambah, dia bersyukur dan berasa sangat dirahmati dengan kehidupan yang dilaluinya kini.

“Kehidupan saya sangat dirahmati. Walaupun saya dan isteri terpaksa menunggu sehingga empat tahun setengah untuk mendapat anak sebelum ini tetapi kini segala-galanya bagai sudah lengkap.

“Saya mempunyai keluarga yang bahagia, kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil. Tiada apa lagi yang saya mahu melainkan agar semua rahmat yang diberikan ini kekal berterusan,” katanya.

Menyentuh soal kerjaya, Nash yang kini bergelar perunding kewangan profesional, berkata dia sedang terikat dengan komitmen sebagai pengacara sebuah program keusahawanan iaitu Make The Pitch untuk saluran ntv7.

Nash berkata, walaupun dirinya sibuk dengan pelbagai siri ceramah dan bengkel kewangan di serata dunia, tema dan konsep program tersebut menarik perhatiannya untuk turut serta.

“Saya sentiasa teruja apabila bercakap tentang bidang kewangan dan perniagaan. Kebetulan pula, program terbaru di ntv7 ini bertepatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki, jadi mengapa tidak saya melibatkan diri.

“Walaupun saya hanya memainkan peranan yang kecil sebagai pengacara, tetapi saya terbabit secara langsung untuk aspek belakang tabir program ini termasuk idea, konsep dan skripnya,” katanya.

Program mingguan yang bermula sejak 12 Oktober lalu itu bersiaran pada setiap Rabu pukul 8.30 malam di ntv7 selama 12 minggu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan