'Apa Tengok-Tengok' Bukan Kejar Untung

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon filem Apa Tengok-Tengok (dari kiri) Pratip Baskaran, Iqbal Mazlan, Grace, Chomatt Samad dan Aaron Roa.
Para pelakon filem Apa Tengok-Tengok (dari kiri) Pratip Baskaran, Iqbal Mazlan, Grace, Chomatt Samad dan Aaron Roa.

PETALING JAYA: Syarikat produksi Apa Tengok-Tengok iaitu Venture Hills Film Production mengakui penghasilan filem yang bertemakan muzikal dan semangat muhibah itu tidak menyasarkan keuntungan tetapi untuk mendidik penonton mengenai realiti sebenar kehidupan pelajar sekolah.

Pengarahnya Roy, berkata walaupun filem-filem bercorak seram, aksi dan komedi lebih mendapat sambutan, mereka sebaliknya lebih selesa mengetengahkan genre yang kurang popular demi tanggungjawab sosial untuk mendidik masyarakat.

“Walaupun kami ada membangkitkan tentang idea untuk menghasilkan filem berbentuk komersial yang boleh membawa pulangan tetapi penerbitnya Susan Goh mahu untuk menerbitkan sebuah filem yang menekankan pengajaran dan mesej kepada penonton.

“Soal keuntungan adalah perkara nombor dua tetapi yang penting kami mahu hasilkan filem yang sarat dengan mesej dan pengajaran,” katanya yang ditemui selepas sidang media filem tersebut di sini, Rabu.

Roy berkata atas alasan tersebut mereka lebih senang untuk mengetengahkan barisan pelakon muda dan baru sebagai teraju utama kerana penekanan yang ditumpukan dalam filem cereka Melayu pertama arahannya ini bersandarkan pada plot dan mesejnya.

“Filem ini mendedahkan tentang kehidupan dan kegiatan remaja sekolah seperti isu disiplin, pergaduhan dan pelajar sekolah yang melakukan kerja separuh masa yang salah di sisi undang-undang kerana kurangnya pantauan daripada ibu bapa.

“Banyak mesej berguna dan realiti sebenar yang cuba kita paparkan untuk membuka mata dan memberi pengajaran,” katanya.

Bercakap mengenai pemilihan judul filem berkenaan, Roy berkata tajuk itu menjadi pilihan kerana ia sering digunakan oleh kebanyakan pelajar-pelajar sekolah terutamanya apabila terlibat dalam pergaduhan.

“Kita biasa dengar budak-budak sekolah menggunakan istilah ini (apa tengok-tengok) apabila mereka hendak bergaduh sesama mereka. Istilah ini selalu digunakan sebagai satu bentuk provokasi untuk bergaduh.

“Filem ini pula memaparkan tentang isu disiplin dan kegiatan pelajar sekolah, justeru ia dilihat sesuai sebagai simbolik kepada kenakalan mereka. Ia juga kedengaran ringkas dan menarik perhatian,” katanya.

Filem yang menjalani penggambaran sekitar Johor Baru, Johor ini menampilkan juara program Pilih Kasih musim pertama Iqbal Mazlan, Chomatt Samad, Gracie, Aaron Roa dan Gracie.

Ia turut dibantu pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Kuswadinata, Zulkifli Ismail, Sathiya dan Datuk Arumugam (Alleycats).

Filem Apa Tengok-Tengok mula ditayangkan pada 27 Oktober ini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan