Rozita Dibayar Tinggi Kerana 'Kiah Mai Pulak'

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rozita Che Wan kekal berlakon sebagai Che Kiah dalam Kiah Mai Pulak.
Rozita Che Wan kekal berlakon sebagai Che Kiah dalam Kiah Mai Pulak.

PETALING JAYA: Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh mengakui perlu mengeluarkan bayaran yang tinggi kepada pelakon Rozita Che Wan untuk menjayakan drama bersiri Kiah Mai Pulak.

Ini kerana dia tidak mahu mengganggu kesinambungan drama Kiah Pekasam sebelum ini yang pernah disiarkan di Astro Warna (saluran 132).

“Kami terpaksa mengeluarkan bayaran yang agak tinggi atas permintaan Rozita dan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Ini kerana kami perlu meneruskan kesinambungan cerita ini memandangkan dia merupakan pelakon utama yang mampu menarik ramai penonton,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Walaupun dia meminta bayaran yang mahal, tetapi dia masih memberikan komitmen yang tinggi serta menyediakan kostum sendiri yang cantik-cantik untuk penggambaran drama ini.

“Kostum yang dipakai lebih menyerlah dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Dia sanggup membeli sendiri kostum-kostum tersebut. Mengenali Rozita, dia bukanlah seorang yang mudah memakai baju yang ditaja. Lagipun susah untuk mencari penaja yang mampu menepati seleranya.”

Menyentuh tentang gandingan buat kali kedua antara Rozita dan Zain Saidin yang pernah digosipkan bercinta sebelum ini, Fadzil menganggap penglibatan mereka turut dikekalkan bagi meneruskan kesinambungan drama tersebut.

“Tiada sebab untuk kami menyingkirkan kedua-duanya kerana mereka sangat penting untuk mengekalkan kesinambungan musim pertama,” ujarnya.

Kiah Mai Pulak menceritakan Che Kiah telah diminta oleh pihak istana supaya mengendalikan sebuah resort yang baru saja ditubuhkan di daerah Kuala Perlis. Kiah serba salah namun dengan semangat dan tunjuk ajar, Kiah berjanji untuk mengusahakan resort itu hingga berjaya. Masih mengekalkan muka-muka lama seperti Fendy London, Azza Rima, Cip Puteh dan Sabrina Ali, drama ini turut mempertaruhkan Sheila Rusly, Eizlan Yusof dan Aiman (Mentor).

Ia menemui penonton setiap Khamis, pukul 10.30 malam di Astro Warna (Saluran 132).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan