MasterChef Di Astro Ria Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program realiti masakan popular dunia MasterChef Malaysia akan mula bersiaran pada Sabtu ini di Astro Ria (saluran 104), pukul 9 malam.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata pihak Astro teruja memulakan siaran program realiti ini bersama 40 orang peserta yang terpilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat.

“Walaupun ia merupakan kali pertama program ini diperkenalkan, kami berasa amat gembira dengan sambutan memberangsangkan yang diberikan oleh orang ramai terhadap program ini.

“Kami berharap pengisian yang ditawarkan kali ini mampu memberikan pengalaman yang berbeza kepada para penonton,” katanya melalui satu kenyataan akhbar kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Tambahnya, barisan peserta yang telah terpilih mempunyai potensi yang berkualiti untuk bersaing serta pergi jauh dalam bidang masakan.

“Menariknya lagi, kesemua 40 orang peserta ini terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia.

“Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia,” jelas Azlin lagi.

Program realiti masakan nombor satu ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat selama 11 minggu.

Program MasterChef ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di negara itu untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010.

Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan