Julie Woon Tidak Tolak Jodoh Lelaki Melayu

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julie Woon bakal mengacarakan program Take Me Out di NTV7. Foto THE STAR Oleh NORMAN HIU
Julie Woon bakal mengacarakan program Take Me Out di NTV7. Foto THE STAR Oleh NORMAN HIU

CYBERJAYA: Pelakon dan pengacara, Julie Woon, tidak menolak jika suatu hari nanti dia bertemu jodoh dengan jejaka berbangsa Melayu.

Julie berkata, kegagalan percintaannya dengan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Qushairi Mohammed Razali atau Qi tidak membuatkannya serik untuk berkenalan dengan lelaki Melayu.

"Jika ada jodoh saya tidak menolak untuk berkahwin dengan lelaki Melayu suatu hari nanti.

"Soal hati dan perasaan bukan bergantung kepada bangsa atau agama seseorang itu. Ia datang dengan sendiri," katanya.

Julie ditemui selepas majlis pelancaran program Take Me Out di KRU Studio di sini, pada Isnin.

Pengacara berusia 27 tahun ini berkata, dia enggan lagi bercinta dengan mereka yang terlibat dalam industri hiburan yang sama dengannya kerana masyarakat lebih gemar memberi tumpuan kepada cerita peribadi daripada kerjaya seni.

"Saya pernah menjalinkan hubungan dengan orang dari dalam industri jadi kalau boleh selepas ini tidak mahu lagi kerana tumpuan lebih diberikan kepada hubungan itu dan bukannya kerjaya saya," ujarnya.

Julie memberitahu dia kini masih solo dan tidak terburu-buru mencari pengganti teman lelaki.

"Saya serahkan kepada takdir dan tidak terlalu begitu mengharap," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Julie yang bakal bergandingan dengan Nazrudin Rahman dalam program Take Me Out di NTV7 berkata, tumpuannya kini kepada bidang pengacaraan.

Ini kerana rezekinya lebih kepada bidang itu tetapi tidak menolak akan kembali berlakon jika mendapat watak sesuai.

"Saya ingin berlakon lagi tetapi kerana kesuntukan masa saya terpaksa melupakan hasrat tersebut seketika kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang pengacaraan," ujarnya.

Julie pernah berlakon dalam drama bersiri “Blogger Boy” bersama bekas kekasihnya Qi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan