FDAM Kesal Campur Tangan Pihak GAFIM

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mokhtar (tengah) menunjukkan keratan akhbar kenyataan GAFIM berhubung perletakan jawatan Mat London (paling kanan) pada sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa. Turut hadir Pemangku Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Masir (dua dari kiri) dan AJK Biro Disiplin dan Perundangan FDAM, Rahim Bujang (dua dari kanan). Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.
Mokhtar (tengah) menunjukkan keratan akhbar kenyataan GAFIM berhubung perletakan jawatan Mat London (paling kanan) pada sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa. Turut hadir Pemangku Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Masir (dua dari kiri) dan AJK Biro Disiplin dan Perundangan FDAM, Rahim Bujang (dua dari kanan). Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kesal dengan tindakan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) kerana telah campur tangan dalam isu peletakan jawatan presiden FDAM, Ahmad Ibrahim (Mat London) dan seterusnya memburukkan persatuan itu.

Pemangku Presiden FDAM, Mokhtar Abu Bakar berkata, tindakan Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli membuat kenyataan di akhbar mengenai hasrat untuk menggugurkan persatuan bermasalah adalah bertentangan dengan perlembagaan persatuan gabungan itu.

Mokhtar berkata, perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana Mat London meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri dan bukannya dipaksa oleh sesiapa. Perkara itu tidak perlu dimaklumkan kepada GAFIM.

"Berdasarkan kepada perlembagaan FDAM tidak memerlukan pihak kami untuk memberitahu kepada mana-mana pihak berhubung peletakan jawatan dalam sesebuah persatuan apatah lagi untuk mencampuri urusan sesebuah persatuan lain.

"Malah GAFIM sendiri bukan sebuah persatuan kerana mereka adalah gabungan persatuan yang dianggotai oleh 11 persatuan lain," ujarnya pada sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, selasa.

Sebelum ini, peletakan jawatan Mat London sebagai presiden FDAM kecoh apabila pihak GAFIM meminta FDAM menunjukkan surat tunjuk sebab ekoran peretakan jawatan Mat London itu.

Mengulas mengenai kenyataan Jurey di sebuah akhbar yang ingin menggugurkan persatuan bermasalah dalam gabungan itu, Mokhtar berkata, Ahli Jawatankuasa (AJK) GAFIM tidak berhak untuk berbuat demikian melainkan ia melalui persetujuan daripada mesyuarat agung yang dihadiri 11 persatuan dalam gabungan itu.

"Sejujurnya kami tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana tujuan kami adalah untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai peletakan jawatan Mat London," ujarnya.

Bagaimanapun Mokhtar memberitahu pihaknya melalui setiausaha FDAM telah menjelaskan perkara itu secara lisan kepada pihak GAFIM. Mokhtar turut menolak dakwaan bahawa isu itu dibangkitkan lebih kepada sifat peribadi.

"Kami profesional kerana jika ada sebarang masalah peribadi sekali pun ia tidak perlu melibatkan persatuan Perkara yang kami bincangkan bukan mengenai hal peribadi tetapi berkaitan persatuan dan industri," katanya.

Sementara itu, Mat London yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, peletakan jawatannya sebagai presiden pada Mei 2011 berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana keputusan diambilnya adalah berdasarkan sebab-sebab peribadi.

Malah katanya, dia akan teruskan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan selepas dilantik menjadi penasihat FDAM.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan