'Take Me Out' Jaga Sensitiviti Masyarakat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Rancangan realiti terbaru terbitan NTV7, Take Me Out yang memberi peluang kepada 30 gadis bujang mencari cinta diterbitkan mengikut garis panduan serta mengambil kira sensitiviti masyarakat negara ini.

Pengurus Besar Kumpulan NTV7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, program francais yang berasal dari Australia itu dibuat mengikut kesesuaian dengan masyarakat negara ini selain cuba mengekalkan format asalnya.

Airin berkata, perkara itu penting dengan mengambil kira program itu turut disertai oleh mereka yang beragama Islam.

"Walaupun rancangan ini berbentuk realiti untuk 30 gadis mencari cinta idaman mereka tetapi pengisiannya tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak sesuai dengan masyarakat kita.

"Malah program ini diterbitkan khusus untuk tontonan keluarga dan umum," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Take Me Out di sini, Isnin.

Airin berkata, “Take Me Out” adalah sebuah program 15 episod memberi peluang kepada gadis berusia 18 tahun ke atas untuk mencari cinta idaman masing-masing.

Katanya, enam jejaka akan muncul pada setiap episod dan berpeluang untuk menarik minat peserta dalam pertemuan pertama dalam program itu.

"Ia bukan satu pertandingan tetapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka bertemu dengan individu yang mungkin akan mengubah hidup mereka kelak.

"Semua keputusan terletak pada peserta sama ada untuk memilih lelaki berkenaan atau tidak untuk satu temu janji," ujarnya.

Dalam pada itu, Airin berkata, pihaknya yakin program itu akan mendapat sambutan kerana elemen kejutan dan drama.

Katanya, program yang akan dihoskan oleh Nazrudin Rahman dan Julie Woon telah pun memulakan proses rakaman di studio KRU dan sehingga kini enam episod telah pun siap.

"Kita masih lagi mencari wanita dan lelaki bujang yang ingin menyertai program ini kerana mana tahu mereka akan menemui cinta," katanya.

Airin berkata, kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh melayari laman rasmi rancangan ini di www.ntv7.com.my/takemeout untuk maklumat lanjut.

Take Me Out bakal disiarkan pada 11 November depan setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di saluran NTV7.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan