Studio Filem Negara Nyaris Terbakar Gara-Gara Rafidah

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil Nawawi dan Rafidah. Foto LIM CHENG KIAT
Aznil Nawawi dan Rafidah. Foto LIM CHENG KIAT

KUALA LUMPUR: Studio rakaman rancangan Clever! Edisi Malaysia musim kedua di Filem Negara, Petaling Jaya, nyaris terbakar gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air.

Kata Rafidah yang menceritakan pengalamannya merakamkan program berkenaan pada awal Januari lalu itu, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio.

"Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar.

"Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya yang ditemui pada sidang media program Clever! Edisi Malaysia musim kedua, di restoran Delicious, Mars Residence, di sini, Isnin.

Tambah Rafidah, kejadian itu memberikan satu pengalaman yang baru untuk dirinya dalam mengendalikan program tersebut bersama seorang lagi pengacara popular, Aznil Nawawi.

Rancangan kanak-kanak itu disiarkan setiap Sabtu bermula 22 Oktober ini menerusi saluran Astro TVIQ (610).

Kemunculan musim kedua Clever! Edisi Malaysia bakal menghiburkan penonton kanak-kanak dengan pengisian ilmu Sains yang lebih mencabar.

Antara selebriti jemputan yang membuat penampilan istimewa ialah Zizan, Johan dan Nabil (Raja Lawak), Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias.

Kata Aznil pula, selain pelajar-pelajar sekolah, rancangan ini juga akan menguji pengetahuan saintifik para selebriti di mana mereka akan diberikan kumpulan masing-masing.

"Menarik lagi tentang program ini, kita dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar sekolah rendah ini berani memberi pendapat tentang pengetahuan Sains masing-masing. "Bagi saya, walaupun ada beberapa pendapat itu salah, mereka sudah boleh dikira bagus. Program ini juga mengajar kanak-kanak untuk berani menyuarakan pendapat mereka," ujarnya.

Clever! menampilkan cara pengajaran Sains yang bersahaja di samping didatangkan dengan unsur-unsur komedi.

Pengacaranya, Aznil dan Rafidah akan mencabar dua pasukan pelajar akan diberikan tugas menerusi lima topik saintifik dengan menjawab soalan-soalan yang sukar dibayangkan.

Setiap pasukan terdiri daripada seorang selebriti dan peserta dari sebuah sekolah untuk bersaing.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan