Jennifer Lopez, Bradley Cooper Kembali Bersama? - Berita Hiburan | mStar

Jennifer Lopez, Bradley Cooper Kembali Bersama?

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer dan Bradley dilihat bersama di Los Angeles pada Sabtu. Foto dipetik daripada www.people.com.
Jennifer dan Bradley dilihat bersama di Los Angeles pada Sabtu. Foto dipetik daripada www.people.com.

LOS ANGELES: Aktor kacak, Bradley Cooper dikhabarkan berada di Los Angeles pada Sabtu bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Jennifer Lopez.

Paparazi yang mengejar pasangan itu mendedahkan foto mereka berdua semasa berada di dalam kereta meninggalkan sebuah restoran.

Sumber daripada kenalan rapat Jennifer memberitahu pasangan itu menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun jurucakap kedua-dua pasangan itu enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai kesahihan perkara itu.

Bulan lalu, pasangan itu dilihat keluar makan malam bersama-sama di restoran Per Se di New York tetapi menjelaskan pertemuan itu adalah mengenai urusan kerja.

"Selepas pertemuan di New York kedua-dua mereka saling berhubungan. Dia sukakan perhatian diberikan oleh Bradley," kata sumber yang rapat dengan Jennifer.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan