Kesilapan Baharudin Tidak Rosak Lagu – Ketua Juri

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datin Seri Masnah Rais dan Datuk Sri Kamaruddin Siaraf menyerahkan hadiah kepada juara Bintang Nostalgia Klasik Nasional (BNKN) 2011, Baharudin Bab di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto GLENN GUAN
Datin Seri Masnah Rais dan Datuk Sri Kamaruddin Siaraf menyerahkan hadiah kepada juara Bintang Nostalgia Klasik Nasional (BNKN) 2011, Baharudin Bab di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto GLENN GUAN

PETALING JAYA: Kesilapan juara Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011, Baharudin Bab, 59, sewaktu menyanyikan lagu Kerana Mata tidak merosakkan lagu tersebut sehingga juri sepakat memilihnya untuk memenangi pertandingan itu.

Menurut ketua juri daripada Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Mohd Asnawi Mutaal, memang diakui Baharudin ada melakukan kesilapan seperti bergumam (mumble) dan lupa lirik.

“Sebagai juri, memang kami sedar tentang kesilapannya itu tetapi kesilapan itu tidak merosakkan lagu yang dinyanyikan.

“Dari segi permarkahan, memang dia mendapat markah tertinggi setelah dinilai dari segi suara, lontaran suara, penyampaian dan keyakinannya. Kami bertiga memang sebulat suara memilih Baharudin,” katanya kepada mStar Online.

Selain Asnawi, pertandingan itu turut diadili oleh komposer Datuk Dr Johari Salleh dan penyanyi Juliza Adlizan Abd Rafar menerusi mutu suara sebanyak 50 peratus, penghayatan dan kawalan suara (30 peratus) dan persembahan (20 peratus).

Tambahnya: “Kebetulan, setiap finalis diberi pilihan lagu secara undian dan ada antara mereka yang mendapat lagu yang tidak berpihak kepada mereka.

“Apa jua masalah kecil kita ambil kira tetapi dia dapat sampaikan lagu dengan penuh keyakinan.

“Masing-masing ada pendapat masing-masing tetapi hasil perbincangan juri-juri telah membuat kesimpulan dan bersetuju untuk memilih Baharudin. Jadi, kita perlu hormati keputusan juri lain.”

Dengan kemenangan itu, Baharudin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000, pakej penerbangan dan penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang ke Pulau Langkawi, sijil penghargaan dan trofi.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Ahmad, 37, yang mendendangkan lagu Berdendang Sayang nyanyian Ismail Ali Muda. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang ke Pulau Perhentian, sijil penghargaan dan trofi.

Tempat ketiga diraih oleh Mohd Amaran Harun, 51, dengan lagu Harapan Hanya Bayangan oleh M. Bakri serta berjaya mendapat hadiah wang tunai RM3,000, penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang ke Pulau Kapas, sijil penghargaan dan trofi.

Sembilan peserta lain membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,500, trofi dan sijil penghargaan.

Mereka adalah Nerhayati @ Norhayati Yamat, 44, Solhi Tambi, 59, Asiah Dupah, 39, Habibi Bakri, 52, Norasmah Ibrahim, 48, Azizah Ngah, 52, Che Azmi Che Sulaiman, 49, Rosmah Sengari @ Basar, 36, dan Hazlina Wati Zainuddin, 38.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan