Hafiz , Hazama Berentap Untuk Kempen NIPSter

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh dan lapan iaitu Hafiz dan Hazama bakal berentap bagi menguji pengaruh masing-masing menerusi satu kempen di Facebook yang dikenali sebagai NIPSter.

Melalui kempen ini, Hafiz dan Hazama memerlukan undian dan sokongan peminat bagi membolehkan mereka dipilih sebagai ikon NIPSter yang pertama di Malaysia.

Menurut Pengarah Pemasaran URC Foods Sdn Bhd, Chan Wai Keong, pihaknya berharap NIPSter bakal menjadi satu komuniti digital yang menarik selain dapat mempromosikan coklat Nips.

"Kami yakin, pertandingan ini menjadikan Nips lebih popular dan relevan di kalangan pengguna terutamanya remaja di Malaysia.

"Apa yang perlu dilakukan oleh peminat ialah dengan melayari www.facebook.com/nipsmalaysia dan mereka perlu memilih artis pilihan masing-masing,” katanya.

Peminat juga boleh memulakan proses mengumpulkan mata melalui tiga permainan digital yang direka khas untuk menguji kehebatan dan skil permainan digital mereka.

Artis yang mendapat pungutan markah yang paling tinggi akan dipilih sebagai ikon NIPSter.

Lebih menarik, peminat yang menyertai permainan digital Facebook ini turut berpeluang memenangi hadiah mingguan berupa iPad2 dan hadiah utama iaitu MacBook Pro hasil daripada mata terkumpul daripada minggu pertama sehingga minggu kelapan.

Konsep pertandingan permainan digital yang menggunakan juara program realiti paling popular di Malaysia seumpama ini adalah yang pertama dianjurkan oleh pihak NIPS dengan kerjasama Astro.

Kempen yang bermula pada 26 September lalu akan berakhir pada 20 November 2011.

Sepanjang kempen berlangsung, peminat yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi untuk setiap minggu akan diumumkan di laman facebook.com/nipsmalaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan