Jessica Simpson Dipercayai Mengandung Anak Kekasih - Berita Hiburan | mStar

Jessica Simpson Dipercayai Mengandung Anak Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jessica Simpson dan ibunya ketika tiba di Lapangan Terbang Los Angeles.
Jessica Simpson dan ibunya ketika tiba di Lapangan Terbang Los Angeles.

PENYANYI bersuara lantang, Jessica Simpson didakwa sedang mengandungkan anak kekasihnya, Eric Johnson.

Gosip itu tersebar apabila gambar terbaru Jessica dilihat memakai baju longgar berwarna hitam dan membawa sebuah tas tangan besar untuk menutup bahagian perutnya.

Dia dilihat cuba menyorokkan perutnya ketika paparazi mengambil gambarnya semasa tiba di lapangan terbang Los Angeles selepas bercuti di Texas.

Jurucakap penyanyi itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan itu dan meminta peminat sendiri membuat penilaian sama ada Jessica mengandung atau tidak.

Dalam perkembangan lain, Jessica dan Eric masih belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dan memberitahu tidak terburu-buru untuk berkahwin.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan