'LINK' Gandingkan Empat Pengacara Asia

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Jason Godfrey, Angelique Teo, Hannah Al Rashid dan David Lee.
Dari kiri: Jason Godfrey, Angelique Teo, Hannah Al Rashid dan David Lee.

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen berbayar, Astro, memperkenalkan sebuah program baru berjudul LINK menerusi saluran Astro B.yond706, Life Inspired (Li).

Menurut pengurus Li TV, Anne Chan, program berkonsepkan gaya hidup itu turut memperkenalkan empat personaliti popular Asia iaitu David Yee dari Malaysia, Jason Godfrey (Hong Kong), Hannah Al-Rashid (Indonesia) dan Angelique Teo (Singapura) sebagai pengacara.

"Program yang telah pun bermula sejak awal Oktober ini bersiaran selepas tamat sesebuah program selama dua minit setiap hari.

"Menarik lagi, ia menceritakan mengenai trend gaya hidup daripada empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura serta Hong Kong dan setiap pengacara akan mewakili negara masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Sultan Lounge, The Mandarin Oriental Hotel, di sini, Selasa.

Tambah Anne, LINK juga turut memaparkan tip penjagaan kesihatan, makanan popular bagi setiap negara, fesyen dan beberapa lokasi percutian menarik.

Sementara itu, program LINK turut mempunyai kerjasama dengan syarikat penerbitan akhbar Star Publications (M) Berhad.

Kata Timbalan Pengerusinya, Vincent Lee, pengambilan empat personaliti daripada empat buah negara itu diharap dapat memberikan maklumat terkini mengenai negara-negara tersebut.

"Saya berharap, mereka (pengacara) dapat menyuntik elemen informasi mengenai negara yang diceritakan selain memberi hiburan kepada para penonton yang menyaksikan program pendek ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan