Joel Mahu Cuba Nasib Jadi Pelakon

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas memenangi gelaran juara program realiti The Perfect Gentleman di ntv7, Ahad lalu, Joel Sih Yong Ting, 31, berhasrat untuk meluaskan kerjayanya dengan menceburi bidang lakonan.

Dia yang pernah menyertai bidang peragaan pentas ini menganggap tidak salah sekiranya dia mencuba sesuatu yang baru sekiranya diberi peluang.

“Saya sudah lama bergelar model sambilan sejak memenangi tempat kedua dalam sebuah pertandingan pencarian model di sebuah majalah pada dua tahun lalu.

“Kali ini, saya teringin untuk mencuba bidang lakonan pula jika ada pihak yang berminat untuk mengambil saya sebagai pelakon,” katanya kepada mStar Online.

Buat masa ini, dia masih bertugas di sebuah syarikat pembinaan di Klang.

Menyentuh tentang hadiah kemenangan berjumlah RM80,000 termasuk wang tunai berjumlah RM10,000, Joel merancang untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan rumahnya.

"Saya masih tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini dan seperti bermimpi apabila melihat wajah saya diumumkan sebagai pemenang kerana ini merupakan pertama kali saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan seperti besar.

"Bagaimanapun, saya rasa bersyukur dan berbaloi dengan kemenangan ini kerana saya telah melakukan yang sehabis baik," katanya yang menganggap sifat sabar ketika mengendalikan tekanan menjadi faktor kemenangannya.

Pemilik ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran ini juga akui banyak menimba pengalaman baru sepanjang menyertai program tersebut.

"Saya belajar tentang cara untuk beraksi di hadapan kamera dan mengawal emosi.

"Selain itu, kami juga diberikan tenaga pengajar yang mengajar tentang bahasa badan dan saya perlu sentiasa berbadan tegak apabila ditemu bual.

"Bagi menyempurnakan persembahan saya untuk peringkat akhir ini, saya turut mengikuti empat kelas kung fu pada tiga minggu lalu," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan