Keserasian Pitbull Dalam Planet Pit

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Pitbull ALBUM: Planet Pit LAGU PILIHAN: Pause, Shake Senora dan Castle Made of Sand EDARAN: Sony Music

ALBUM: Planet Pit

LAGU PILIHAN: Pause, Shake Senora dan Castle Made of Sand

DARIPADA dulu lagi Pitbull atau nama sebenarnya Armando Christian Pérez, menjadi pilihan utama penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat untuk menjadi rakan duet mereka.

Bagi kemunculan album keenam Pitbull, Planet Pit, penyanyi rap ini memuatkan sebanyak 16 buah lagu untuk diperdengarkan buat peminat-peminatnya. Kesemua lagu itu merupakan hasil duet bersama penyanyi-penyanyi top Hollywood seperti Sean Paul, Enrique Iglesias, Chris Brown, Kelly Rowland dan Ludacris.

Antara lagu yang dimuatkan ialah Mr. Worldwide (menampilkan Vein), Give Me Everything (Ne-Yo, Afrojack, Nayer), Rain Over Me (Marc Anthony), Hey Baby (T-Pain), Pause, Come N Go (Enrique Iglesias), Shake Senora (T-Pain dan Sean Paul), International Love (Chris Brown), Castle Made of Sand (Kelly Rowland dan Jamie Drastik), Took My Love (Red Foo, Vein dan David Rush), Where Do We Go (Jamie Foxx), Something For The DJS, Mr. Right Now (Akon), Oye Baby (Nicola Fasano) dan My Kinda Girl (Nelly).

Tidak boleh disangkal, taruhan muzik electrodance dan hip hop merupakan kepakarannya dalam penghasilan lagu bersama-sama komposer-komposer lain seperti RedOne, A.J.Jannusi, Urales Vargas, Benjamin Levin dan Steve Samuel.

Walaupun hanya sekadar rap, kombinasi nyanyian bersama penyanyi-penyanyi hebat dalam Planet Pit cukup serasi.

Pastinya, anak-anak muda akan tertarik dengan lagu-lagu yang dibawakan lebih-lebih lagi ia akan membuatkan sesiapa sahaja akan menari mengikut rentak muzik.

Lagu pilihan OopStarz! semestinya Castle made of Sand. Gabungan muzik dance pop, balada dan R&B membuatkan lagu duet bersama Kelly Rowland dan Amie nampak unik. Rentak muzik rancak dalam lagu Shake Senora yang menyuntik elemen muzik raggae dan dance pula menarik didengar.

Terdapat juga dua buah lagu yang hanya menampilkan Pitbull sahaja iaitu Pause dan Something For The DJS. Dua lagu ini juga mungkin boleh menjadi pilihan pendengar bagi yang meminati muzik dance club.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 5:00 PM

Wow... Gaya 5 Selebriti Di Pagi Raya

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan