Westlife Pukau Penonton di Stadium Bukit Jalil

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Westlife menari mengikut rentak lagu ketika siri jelajah Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011 di Stadium Tertutup Bukit Jalil. - Foto SAMUEL ONG
Westlife menari mengikut rentak lagu ketika siri jelajah Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011 di Stadium Tertutup Bukit Jalil. - Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Aura kumpulan popular berasal dari Britain, Westlife berjaya memukau kira-kira 7,700 penonton dalam siri jelajah 'Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011' yang diadakan di Stadium Tertutup Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan dalam rangka konsert mempromosi single kedua berjudul Lighthouse dalam album terbaru mereka, Gravity.

Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila salah seorang anggota kumpulan tersebut keluar menyanyi lagu pembukaan mereka berjudul No One's Gonna Sleep Tonight.

Konsert yang mempunyai tiga segmen itu turut menampilkan 19 buah lagu terdiri daripada lagu-lagu popular yang menjadi siulan ramai seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl dan I Have A Dream.

Lebih meriah apabila penonton-penonton yang hadir turut bangun menari dan menyanyi bersama-sama kumpulan tersebut.

Kunjungan kumpulan ini bukan kali pertama kerana Westlife membuat konsert sulung di negara ini pada Jun 1999 iaitu kira-kira setahun selepas kumpulan itu ditubuhkan.

Manakala pada November 1999 mereka kembali buat kali kedua sebelum muncul lagi pada Mei, 2001.

Kali terakhir Westlife muncul di Malaysia adalah pada tahun 2002.

"Kami sudah terlalu penat dan mengambil keputusan selepas tamat konsert jelajah ini kami ingin berehat panjang dan menikmati masa senggang untuk diri masing-masing.

"Namun jangan bimbang kami tidak akan berpecah atau meninggalkan terus dunia seni tapi mengambil masa untuk kembali semula dengan album yang lebih hebat," ujar Shane.

Konsert yang tamat kira-kira pukul 10.30 malam itu oleh dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Midas Promotions.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan