Amy Search Imbau Kenangan Dengan Yamaguchi

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jerome (kiri) dan Amy (dua dari kanan) ketika sidang media mengumumkan Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada hujung tahun ini di Central Market. - Foto RAHMAN RAHIM
Jerome (kiri) dan Amy (dua dari kanan) ketika sidang media mengumumkan Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada hujung tahun ini di Central Market. - Foto RAHMAN RAHIM

PETALING JAYA: Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman (Amy) menganggap Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada hujung tahun ini bakal mengimbau kembali kenangannya dengan jurutera bunyi terkenal dari Singapura, Yamaguchi.

Menurutnya, pertama kali dia menemui jurutera yang pernah terlibat dengan konsert-konsert bertaraf antarabangsa seperti konsert Black Eyed Peas itu adalah pada tahun 1988 di Bangkok.

“Waktu itu, Search terlibat dengan persembahan di Bangkok dan Yama (Yamaguchi) turut sama-sama menyertai kami.

“Mengenalinya, dia seorang yang banyak dan pakar mengubah bunyi-bunyi agar menjadi lebih menarik dan menjadi orang yang sangat penting dalam konsert kami nanti. Jadi, sudah pasti kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya nanti kerana dia mengetahui kelebihan kami masing-masing,” kata Amy.

Melihat kepada sambutan penonton yang melebihi 10,000 orang semasa menghadiri konsert Search sebelum ini, Pengarah Oracle Accord, Jerome Lee selaku penganjur menganggarkan seramai 30,000 penonton bakal membanjiri konsert di Kuala Lumpur manakala 10,000 penonton masing-masing di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 19 November depan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Yunos, Larkin (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

“Kami akan memastikan konsert ini dipersembahkan dengan kualiti yang tinggi selama tujuh jam bermula pukul 5 petang.

“Selain Search, konsert ini turut dimeriahkan oleh kemunculan band-band lain kerana Search hanya akan membuat persembahan selama dua jam.

“Kami akan menyanyikan lagu-lagu terbaik yang belum pernah dinyanyikan dan lagu wajib yang tidak boleh ditinggalkan seperti Fantasia Bulan Madu,” ujarnya.

Tambahnya lagi: “Saya yakin untuk menjadikan konsert ini suatu yang menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton sebagai tanda terima kasih kepada peminat.”

Tiket konsert ini telah mula dijual pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur bermula 6 Oktober lalu di www.tickethotline.com.my.

Pihak penganjur turut memberikan diskaun 15 peratus jika orang ramai membeli tiket bermula daripada 6 Oktober hingga 13 Oktober ini.

Peminat-peminat Search juga boleh melayari laman web rasmi konsert ini diwww.facebook.com/SEARCH30.

Bagi peminat bertuah yang klik 'like' pada laman sosial itu bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua tiket konsert.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan