Yana Samsudin Alami Tekanan Paru-Paru Di Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yana Samsudin
Yana Samsudin

KUALA LUMPUR: Pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu.

Katanya kejadian berkenaan berlaku mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut.

"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai.

"Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu. Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki," ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen selepas keadaannya didapati selamat.

Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan.

"Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal," ujarnya.

Drama bertajuk “Hatiku Di Kinabalu” itu kata Yana menjalani penggambaran selama 10 hari turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan