Mizz Nina Jual Pakaian Melalui Dalam Talian

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina membuka perniagaan pakaian dalam talian Mizz De Menor yang akan dilancarkan pada minggu depan. - Foto BIBO ASWAN
Mizz Nina membuka perniagaan pakaian dalam talian Mizz De Menor yang akan dilancarkan pada minggu depan. - Foto BIBO ASWAN

PETALING JAYA: Penyanyi popular Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, bakal melancarkan perniagaan pakaian secara dalam talian secara kecil-kecilan yang dinamakan Mizz De Menor pada minggu depan.

Menurut isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh, ini, perniagaan tersebut akan merealisasikan cita-citanya yang menggemari bidang fesyen selain mahu berkongsi minat itu dengan peminat.

“Saya masih baru dengan perniagaan ini dan memikirkan untuk melakukan ia secara kecil-kecilan.

“Nama De Menor dipilih kerana ia melambangkan cara seseorang itu menonjolkan imejnya sama ada dia seorang yang ‘funky’, seksi dan sukakan warna-warni,” katanya kepada mStar Online.

Perniagaan ini diuruskan di bawah syarikatnya, Mizz Nina Productions selain albumnya, What You Waiting For yang menjadi projek pertama syarikat tersebut.

Dalam perkembangan lain, Nina dalam proses menyiapkan album keduanya untuk diterbitkan pada tahun depan.

“Setakat ini saya sudah menyiapkan empat buat lagu dan akan merakamkan tiga hingga empat buah lagu lagi.

“Saya juga sedang memikirkan artis tempatan yang akan berduet dalam lagu terbaru saya nanti,” katanya yang sedang popular dengan lagu Take Over duetnya dengan penyanyi antarabangsa Flo Rida.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan