Mariah Carey Sahkan Berduet Dengan Justin Bieber

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey
Mariah Carey

NEW YORK: Diva terkenal, Mariah Carey mengesahkan akan berduet dengan penyanyi remaja Justin Bieber.

Mariah berkata, dia akan berduet dengan Justin menerusi lagu Krismas popular miliknya berjudul All I Want For Christmas Is You.

"Justin dan saya akan berduet dalam lagu All I Want For Christmas Is You yang saya tulis dan terbit pada tahun 1994.

"Rasanya semua pihak terkejut dengan berita ini dan akan lebih terkejut apabila lagu tersebut dimainkan. Anda semua akan sukakan lagu itu. Saya sangat teruja," ujarnya melalui sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Twitternya.

All I Want For Christmas Is You adalah “single” pertama Mariah menerusi album Merry Christmas yang dilancarkan pada tahun 1994.

Sehingga kini ia menjadi lagu paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat.

Album itu juga terjual sebanyak 15 juta unit di seluruh dunia menjadikan ia album Krismas paling laris dijual sepanjang zaman.

Sementara itu, Justin melahirkan rasa teruja dapat berduet dengan Mariah dan tidak sabar untuk melihat reaksi peminat.

Bakal dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Under The Mistletoe, Justin turut berduet dengan penyanyi seperti Usher, Boys II Men dan Busta Rhymes untuk album itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan