Dewa 19 Hanya Untuk Projek Khas - Berita Hiburan | mStar

Dewa 19 Hanya Untuk Projek Khas

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memutuskan untuk membubarkan kumpulan popular tersebut selepas ahli-ahlinya berpecah.

Kata Dhani, dia telah bertemu salah seorang bekas ahli kumpulan tersebut iaitu Once untuk berbincang tentang masa depan kumpulan berkenaan.

"Saya baru sahaja bertemu Once dan berbincang tentang Dewa 19. Kami setuju menjadikan band ini hanya sebagai band nostalgia iaitu akan bergaung untuk projek-projek tertentu sahaja.

"Jika kami membuat persembahan bersama sekalipun ia dalam konteks “reunion” dan jika membuat album baru ia sebagai kompilasi lagu kami sahaja," katanya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Dhani turut memberitahu bahawa band yang dianggotai oleh Andra Junaidi, Yuke Sampurna, Agung Yudha telah bubar secara rasmi setelah Elfonda Mekel atau Once mengundurkan diri awal tahun lalu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan