Kisah Cinta Kamal Adli, Olivia Lubis Hangat Di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamal dan Olivia Foto THESTAR AZLINA ABDULLAH
Kamal dan Olivia Foto THESTAR AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mengakui terkejut apabila digosipkan sedang asyik bercinta dengan pasangannya dalam filem Gerimis Mengundang, Olivia Lubis Jensen oleh media di Indonesia.

Kata Kamal, dia terkejut melihat sebuah rancangan hiburan Indonesia yang menceritakan tentang percintaan mereka sepanjang berada di lokasi penggambaran filem itu.

“Di Indonesia memang saya sedang digosipkan bercinta dengan Olivia, saya sendiri terkejut apabila berita tentang kami disiarkan selama satu jam.

“Sedangkan kami langsung tidak bercinta, tapi saya faham tugas media di sana yang mahukan lebih gosip panas berbanding cerita biasa. Tapi kalau boleh biarlah di sana sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon-pelakon filem Gerimis Mengundang, di sini, Khamis.

Tambah Kamal, biarpun kebanyakan laporan media di negara itu tidak tepat, namun ia merupakan satu publisiti untuk dirinya dan filem tersebut.

“Cerita yang digambarkan oleh media Indonesia sangat dahsyat sehinggakan seperti kami betul-betul bercinta. Ada peminat yang menonton rancangan-rancangan hiburan di sana percaya tentang cerita itu.

“Walaupun perkara tersebut tidak benar tapi saya yakin ia adalah cara untuk mereka mengangkat nama saya dan mempromosi filem tersebut,” jelasnya.

Kata lagi, disebabkan gosip percintaan tersebut juga dia mendapat tawaran berlakon sinetron oleh beberapa buah produksi Indonesia.

“Saya ada dihubungi oleh beberapa orang yang meminta biodata diri untuk produksi drama Indonesia, tetapi saya tolak kerana masih belum bersedia.

“Saya rasa belum sampai masanya untuk ke sana kerana pelakon-pelakon Indonesia semuanya hebat-hebat belaka jika dibandingkan dengan bakat lakonan saya,” ujarnya.

Filem Gerimis Mengundang terbitan E-Rama Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wanna-B Music Production dari Indonesia ini dijangka akan ditayangkan secara serentak di kedua-dua buah negara pada Mac 2012.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan