Ashton Kutcher Berlaku Curang Terhadap Demi Moore

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashton Kutcher dan Demi Moore
Ashton Kutcher dan Demi Moore

PERKAHWINAN pasangan pelakon Demi Moore dan Ashton Kutcher mungkin berada di hujung tanduk apabila Ashton dikatakan telah berlaku curang.

Baru-baru ini, majalah gosip Star telah memaparkan beberapa foto yang menunjukkan Ashton sedang bergembira dengan empat orang wanita bernama Sara Leal, Alexis, Katy dan Marta yang dikenalinya di sebuah kelab malam.

Menurut sumber, tiga wanita tersebut telah diajak ke bilik hotel yang diduduki Ashton untuk berparti.

"Suasana di bilik itu agak 'hangat' malah keempat-empat wanita itu berendam di tab panas.

"Ashton sempat melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan Sara ketika mereka dalam keadaan mabuk," kata sumber itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan