Search Hargai Peminat Anjur Konsert Fenomena

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' bakal diadakan di tiga buah lokasi. Foto THE STAR Oleh RAHMAN RAHIM.
'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' bakal diadakan di tiga buah lokasi. Foto THE STAR Oleh RAHMAN RAHIM.

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock popular Search akan mengadakan 'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' di tiga lokasi berbeza sebagai tanda menghargai peminat yang menyokong kumpulan itu sejak sekian lama.

Menurut Pengarah Oracle Accord, Jerome Lee, konsert itu akan diadakan di Stadiun Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November depan, Stadium Yunos, Larkin, Johor Baru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

"Konsert ini akan berlangsung selama tujuh jam bermula dari 5 petang dengan turut menampilkan band-band tempatan yang lain.

"Peminat Search juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh para penaja," katanya ketika sidang media mengumumkan konsert itu di Annexe Gallery, Central Market, di sini, Rabu.

Search dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar utama) dan Yazit (dram).

Sementara itu, Amy yang masih dalam rangka perbincangan tentang konsep persembahan dan lagu berharap peminat dapat mendoakan kelancaran konsert selama dua jam itu.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat tidak kira generasi baru atau lama yang banyak memberikan sokongan.

"Saya berharap mereka mendoakan agar segalanya dipermudahkan kerana bukan senang untuk Search bertahan sehingga menjangkau usia 30 tahun," ujarnya.

Dalam pada itu, pemain gitar bass, Nasir menganggap kejayaan Search diukur berdasarkan tahap kegemilangan genre rock yang kini telah memasuki arus perdana.

"Saya masih ingat pada tahun 80-an, band-band rock hanya dikenali di kenduri kahwin dan acara kecil.

"Namun, kami tetap setia dengan perjuangan ini dan akhirnya muzik rock diterima ramai dan berada dalam arus perdana. Kami lihat ibu bapa turut memberikan sokongan kepada anak-anak untuk menjadi pemuzik.

"Malah kami juga berjaya menarik penajaan daripada badan korporat. Jika dulu genre rock sukar mendapat sokongan tetapi sekarang badan korporat sudah yakin untuk melabur dalam konsert-konsert band rock," katanya.

Tiket konsert ini akan dijual pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur bermula 6 Oktober di www.tickethotline.com.my.

Pihak penganjur turut memberikan diskaun 15 peratus jika orang ramai membeli tiket bermula daripada 6 Oktober hingga 13 Oktober depan.

Peminat-peminat Search juga boleh melayari laman web rasmi konsert ini di www.facebook.com/SEARCH30.

Bagi peminat bertuah yang klik 'like' pada laman sosial itu bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua tiket konsert.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan