Nikah 11 Disember, Hantaran Ana Dahlia RM20,000

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ana Dahlia. Foto ini dipetik daripada ALEEYA STUDIO
Ana Dahlia. Foto ini dipetik daripada ALEEYA STUDIO

PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.

Ana berkata, mengikut perancangan awal, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.

"Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala sebelah perempuan menunggu lebih daripada 100 orang.

Selain Chef Wan dan bekas isterinya Norhayati Ayob, rombongan pihak lelaki turut disertai oleh kedua-dua anak pasangan tersebut iaitu Serina dan juga Chef Riz.

"Majlis berlangsung secara sederhana pada pukul 1 tengah hari dan tamat pada dua jam selepas itu. Memandangkan saya tunggu di dalam bilik, rasa hati tidak tenang dan ingin tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas perbincangan mengenai perkahwinan selesai, barulah keluarga kami saling berkenalan. Saya gembira, keluarga ayah Riz iaitu Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah," tuturnya.

Dalam pada itu, Ana juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuknya mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya itu.

"Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai.

"Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status 'janda'. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh," ujarnya.

* Gambar-gambar yang disiarkan ini dipetik daripada Aleeya Wedding Photographer.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan