Mana Satu Betul? Mamat Dakwa Sepah Belum Bubar

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jep dan Shuib menubuhkan Sepahtu tanpa Mamat.
Jep dan Shuib menubuhkan Sepahtu tanpa Mamat.

PETALING JAYA: Konflik pembubaran kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mamat, Jep dan Shuib bertambah rumit apabila salah seorang anggotanya mendakwa kumpulan tersebut masih lagi wujud.

Mamat berkata, Sepah masih lagi terlibat meneruskan perjuangan termasuklah menerima tawaran berlakon untuk projek-projek terbitan Astro.

"Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah," kata Mamat.

mStar Online, Rabu melaporkan Jep dan Shuib membuat pengakuan membubarkan Sepah dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Sepahtu yang dianggotai mereka berdua.

Mamat bagaimanapun tidak ditawarkan menyertai kumpulan tersebut kerana dipercayai mempunyai masalah disiplin selepas beberapa kali diberi peluang untuk memperbaiki dirinya.

Mamat memberitahu hubungan dia dengan dua rakannya itu tidak mempunyai masalah dan boleh bekerjasama tetapi dia agak terkilan dengan beberapa kenyataan kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

"Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nak komen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata,” jelasnya.

Namun, Mamat membidas kenyataan Jep yang mendakwa dia hanya mahu bekerja dengan orang yang menghargai karya seni sahaja

"Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kita sebenarnya tiada apa-apa," ujarnya.

Mamat turut berpesan kepada semua pihak agar tidak menindas antara satu sama lain jika mahu berjaya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan