Temui Bakal Isteri, Halim Othman Rancang Nikah

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Halim bersama Zizi dan Sheira mengendalikan Breakfast@Suria dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul enam pagi sehingga 10 pagi.
Halim bersama Zizi dan Sheira mengendalikan Breakfast@Suria dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul enam pagi sehingga 10 pagi.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 50 tahun.

Halim yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke 47 tahun yang disambut pada 28 September lalu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun hadapan.

Ditanya mengenai bakal isterinya itu, Halim berkata dia tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut kerana takut perancangan untuk berkahwin tidak menjadi.

"Apa yang pasti saya akan mengakhiri zaman bujang sebelum usia mencecah 50 tahun.

"Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik kerana arwah ayah saya juga berkahwin ketika usia 50 tahun," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Halim berkata dia semakin selesa mengendalikan pagi Breakfast @Suria bersama-sama Sharifah Shahira (Sheera) dan Zizi.

Baginya tumpuan mereka adalah bukan untuk mengejar kedudukan siapa paling hebat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati pendengar dengan menyediakan hiburan serta informasi berguna.

"Untuk saya untuk mengejar nama dalam bidang ini sudah berlalu kerana kini apa yang lebih penting adalah untuk memenuhi kehendak pendengar," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan