‘Cif Kecik’ & ‘Cif Besar’ Kelainan Raja Lawak Musim 6

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan, Khairul Anwar, Bob Azrai dan Johan sewaktu sidang media Raja Lawak musim 6 di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Isnin. - Foto M AZHAR ARIF
Zizan, Khairul Anwar, Bob Azrai dan Johan sewaktu sidang media Raja Lawak musim 6 di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Isnin. - Foto M AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Kemunculan ‘Cif Kecik’ dan ‘Cif Besar’ menjadi kelainan kepada program realiti Raja Lawak musim keenam yang akan disiarkan bermula 13 Januari tahun depan menerusi Astro Warna (saluran 132).

Menurut wakil dari Astro Warna, Khairul Anwar Salleh, kewujudan cif-cif ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta agar mereka dapat menghasilkan lawak yang berkualiti dan menghiburkan.

“Cif Besar ibarat pengetua manakala Cif Kecik seperti tenaga pengajar yang akan diterajui oleh tiga orang pelawak tanah air.

“Peserta-peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan Cif Kecik akan memantau dan memberi nasihat kepada peserta-peserta yang berada di bawah perhatian mereka setiap minggu.

“Sementara Cif Besar akan dilantik untuk memantau kesemua Cif Kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka,” kata Khairul ketika sidang media program tersebut di Starhill Gallery, di sini, Isnin.

Tambahnya lagi: “Apabila Raja Lawak dipindahkan dari Astro Prima ke Astro Warna, kami mahu menjadikan program ini lebih gah daripada musim pertama ke musim kelima.

“Jadi, kami rasa perlu ada Cif besar dan Cif Kecik untuk menjadi contoh dan membimbing peserta-peserta supaya dapat memahami prosedur serta kaedah-kaedah yang diperlukan dalam program ini seperti teknik beraksi di depan kamera.”

Selain daripada perubahan format, perubahan saluran televisyen dari Astro Prima ke Astro Warna adalah untuk mengukuhkan kedudukan Astro Warna selaku saluran komedi di negara ini.

“Kami akan terus mempergiatkan usaha dan komitmen untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada para pelanggan menerusi Astro Warna.

“Bagi mencapai objektif ini, kami membuat keputusan untuk menyiarkan program ini di Astro Warna kelak,” ujar Khairul lagi.

Dalam pada itu, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz (Johan) dan Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program itu buat tahun kelima.

Uji bakat untuk mencari peserta Raja Lawak musim 6 akan bermula di Godown Ampitheater, Kuching Waterfront (8 & 9 Oktober), 1Borneo, Kota Kinabalu (15 & 16 Oktober), Prangin Mall, Pulau Pinang (22 & 23 Oktober), Mega Mall, Kuantan (29 & 30 Oktober), SACC Mall, Shah Alam (12 & 13 November) dan Plaza Angsana, Johor Bahru (19 & 20 November).

Sesi uji bakat akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, terbuka kepada seluruh rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas. Mereka perlu membuat persembahan secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh tidak melebihi daripada tiga minit.

Program ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang. Kriterianya, peserta perlu berani, mempunyai banyak idea untuk diketengahkan dan mempunyai sifat semula jadi yang disenangi orang lain.

Raja Lawak musim 6 akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 10 malam mulai 13 Januari 2012 di Astro Warna menerusi pakej Mustika.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan