Adira Mahu Fikirkan Kerjaya Daripada Hafiz

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adira (AF8)
Adira (AF8)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) mengakui masih berkawan baik dengan Hafiz (AF7) namun enggan mendedahkan sejauh manakah perkembangan hubungan mereka berdua.

Adira yang ditemui mStar Online baru-baru ini berkata dia lebih memikirkan bagaimana untuk memberi perhatian terhadap kerjayanya sebagai penyanyi berbanding kisah cinta.

Ditanya mengenai status sebenar hubungannya dengan Hafiz sekarang, Adira menyifatkan hubungan mereka sebagai 'kawan baik'.

"Saya masih berkawan baik dengan Hafiz dan kami masih berjumpa seperti biasa memandangkan kami di bawah naungan syarikat rakaman yang sama.

"Sebolehnya ketika ini saya tidak mahu terlalu serius memikirkan mengenai hubungan kami kerana buat masa ini kerjaya menjadi keutamaan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai konflik tercetus melibatkan Hafiz dengan seorang pengurus pentas wanita yang dikenali sebagai Z, beberapa bulan lalu, Adira berkata dia telah melupakan peristiwa itu dan mengakui ada berbincang dengan Hafiz bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Kejadian itu telah lama berlaku dan saya tidak mahu lagi fikirkannya dan kami ada berbincang mengenai perkara itu," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu perkara peribadi menggagu gugat perjalanan dan tumpuan kerjaya seni baik dirinya atau pun Hafiz buat masa ini.

"Saya ada cita-cita begitu juga Hafiz. Jadi saya tidak mahu perkara-perkara remeh temeh sebegini mengganggu perjalanan karier kami yang masih baru," katanya.

Sementara itu, Adira gembira apabila “single” terbarunya berjudul Sakura bakal dilancarkan pada minggu hadapan ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Masih belum mempunyai album lengkap, Adira memberitahu dia teringin untuk mempunyai sebuah album sendiri tetapi tidak mahu terburu-buru.

"Sudah tentu saya akan berasa seronok jika mempunyai sebuah album kerana itu akan menjadi pelengkap kepada kerjaya saya tetapi saya tidak mahu terburu-buru kerana masih banyak perkara perlu diberi perhatian," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan