Red Hot Chili Peppers Kekalkan Populariti

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Album terbaru kumpulan Red Hot Chili Peppers.
Album terbaru kumpulan Red Hot Chili Peppers.

ARTIS: Red Hot Chili Peppers ALBUM: I’m With You LAGU PILIHAN: Monarchy Of Roses, Factory Of Faith, Ethiopia dan Even You Brutus EDARAN: Warner Music Malaysia

KEMUNCULAN album yang ke-10 kumpulan Red Hot Chili Peppers (RHCP), I’m With You, selepas lima tahun tanpa album pasti mengundang persoalan para peminat.

Ini berikutan kehandalan gitaris baru, Josh Klinghoffer mengambil alih tempat John Frusciante yang menarik diri pada tahun 2006.

Selain Josh, ahli kumpulan RHCP kini terdiri daripada Flea, Anthony Kiedis dan Chad Smith.

Masih lagi mengekalkan konsep muzik Funk dan Alternative Rock, melodi pada lagu yang dimuatkan dalam album ini boleh dikira mesra pendengar dengan adanya sedikit elemen hip hop dan hard rock.

Sebanyak 14 buah lagu telah dimuatkan iaitu Monarchy Of Roses, Factory Of Faith, Brendan’s Death Song, Ethiopia, Annie Wants A Baby, Look Around, The Adventures of Rain Dance Maggie, Did I Let You Know, Goodbye Hooray, Happiness Loves Company, Police Station, Even You Brutus?, Meet me At The Corner dan Dance, Dance, Dance.

Seperti biasa, kumpulan ini masih lagi menggunakan khidmat Rick Rubin sebagai penerbit I’m With You. Bagaimanapun, tidak banyak yang berbeza mengenai perubahan muzik kerana RHCP masih lagi mengekalkan susunan muzik sama yang menjadi identiti mereka.

Justeru, pada pandangan OopStarz!, untuk mendapat peminat baru, mungkin ia agak sukar, namun rasanya album ini merupakan hadiah khas buat peminat-peminat setia kumpulan ini yang mengikuti mereka sejak tahun 1983.

Antara lagu yang menjadi pilihan ialah Monarchy Of Roses, Factory Of Faith, Ethiopia, The Adventures Of Rain Dance Maggie dan Even You Brutus.

Pemilihan lagu Monarchy Of Roses sebagai trek pertama begitu sesuai sekali dan ia ibarat seperti sebuah introduksi lagu yang ingin memperkenalkan Josh, sebagai rakan baru RHCP.

Mainan gitar bass pada lagu Ethiopia agak menarik didengar tambah pula ia memiliki susunan muzik mid-tempo funk yang unik. Liriknya pula mudah dihafal pendengar.

Secara keseluruhannya, OopStarz! berpendapat, album ini menunjukkan kematangan muzik pada penghasilan setiap lagu yang dimuatkan.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan