Keluarga Jadi Keutamaan Sheila Majid

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Sheila Majid
Datuk Sheila Majid

TAHUN lalu menyaksikan kegemilangan ratu jaz negara, Datuk Sheila Majid apabila menyambut ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik tanah air.

Tambah manis apabila ia diraikan dengan sebuah konsert khas selama tiga hari di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu khas buat peminat setianya.

Konsert yang mendapat sambutan hangat itu tidak terhenti di situ apabila syarikat rakaman Sony Music mengeluarkan sebuah album berjudul The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid khas untuk peminat penyanyi berusia 47 tahun.

Menghimpunkan semua lagu terbaiknya di dalam sebuah album menerusi muzik live semasa konsert tersebut adalah seperti Aduh Sayang, Gemilang, Nada, Cobalah Bertahan, Jeritan Batinku, Embun, Pengemis Muda, Emosi, Ku Mohon, Warna, Legenda dan Sinaran.

Nyata peminat masih belum jemu terhadap Sheila apabila set lapan buah albumnya diulang cetak bagi memenuhi permintaan peminat yang rindukan kehadiran penyanyi genit ini.

Tahun ini Sheila masih mempunyai sebab untuk tersenyum kerana dia dicalonkan untuk empat kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) yang bakal berlangsung November depan selepas sedekad tidak dicalonkan dalam anugerah tersebut.

Tidak pernah terfikir untuk dicalonkan, Sheila yang ditemui OopStarz! baru-baru ini ternyata gembira dan terharu dengan pencalonan diterimanya itu.

“Sejujurnya saya menerbitkan album tersebut khas untuk peminat yang tidak dapat menghadiri konsert di DFP sempena ulang tahun ke-25 penglibatan dalam dunia muzik pada tahun lalu.

“Saya langsung tidak menjangkakan akan menerima pencalonan dalam AIM tahun ini apatah lagi untuk kategori album terbaik,” ujarnya.

Tambah manis, lagu ciptaannya Ku Mohon yang pernah dipilih sebagai Lagu Terbaik pada anugerah sama pada tahun 2000 sekali lagi dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

“Ku Mohon adalah lagu pertama yang saya tulis liriknya dan kemenangan pada tahun 2000 dalam kategori Lagu Terbaik adalah saat indah dalam hidup saya. Sekali lagi ia dicalonkan dalam kategori lain 10 tahun kemudian adalah sesuatu tidak dijangkakan,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran, Memori dan Cinta Jangan Kau Pergi ini.

Selain Ku Mohon, lagu Dengarkanlah ciptaannya dan suami, Hashridz Murshim atau Acis turut menerima pencalonan dalam kategori Lagu Pop Terbaik selain Jeritan Batinku dalam kategori Susunan Lagu Terbaik.

Suami memahami

Jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan, Sheila memberitahu dia bukan sengaja menjauhkan diri daripada industri muzik tetapi tumpuannya kini adalah kepada keluarga selain membesarkan empat cahaya matanya.

Sheila berkata, dirinya semakin terisi dan seronok dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga dan anak-anak malah memberitahu jika usianya masih mengizinkan, dia dan suami mahu menambah seorang lagi cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka.

“Tumpuan saya kini lebih kepada keluarga kerana mereka adalah segala-galanya. Itu adalah alasan kenapa saya jarang dilihat di majlis-majlis hiburan.

“Bagaimanapun saya masih menerima persembahan tertutup, di majlis korporat dan persembahan amal walaupun jarang berita mengenai saya dipaparkan sejak akhir-akhir ini,” ujar ibu kepada Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5.

Dalam pada itu, Sheila memberitahu selain sibuk dengan rumah tangga dia juga turut tidak menang tangan untuk menguruskan tiga perniagaanya iaitu Studio Akarkarya, Spa Jentayu dan produk kecantikan Jernih.

Menyentuh sedikit mengenai hubungan dengan suaminya, Acis, Sheila memberitahu dia bertuah kerana suaminya sangat memahami dirinya dan banyak membantu dalam banyak perkara terutamanya berkaitan dengan muzik.

“Saya bukan seorang yang tahu mengenai aspek teknikal apabila berada di studio tetapi dia banyak membantu dan apabila bekerja bersamanya kami sangat profesional dan cuba untuk tidak mencampuradukkan soal peribadi dan kerja.

“Jika ada apa-apa isu berkaitan kerja kami menyerahkan kepada pengurus masing-masing untuk berkomunikasi dan menyelesaikannya,” ujarnya yang telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Kali terakhir muncul depan album Cinta Kita pada tahun 2004, Sheila berkata dia rindu untuk merakamkan album baru tetapi sedikit kecewa dengan keadaan industri yang semakin lesu ekoran penjualan album tidak memberangsangkan dan faktor peminat lebih gemar memuat turun lagu secara percuma dari Internet.

Bagaimanapun, Sheila memberitahu dia dan suaminya ada merancang untuk menghasilkan single dalam waktu terdekat bagi mengubati rindu peminat terhadapnya.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan