Frank Scott Jurutera Bergelar Penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Frank Scott
Frank Scott

BIARPUN namanya masih janggal dalam industri hiburan tanah air, pendatang baru Frank Scott Hew yakin dia mampu memberi saingan kepada barisan artis yang sedia ada pada hari ini.

Dengan kreativiti, bakat serta sokongan padu daripada rakan-rakan sekeliling, Frank memberanikan diri dengan mempertaruhkan single pertamanya berjudul Terpesona.

Dia bertuah apabila penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat berminat untuk berduet bersamanya menerusi single sulung tersebut.

Mengakui bukan mudah melakukan semuanya sendiri, anak kelahiran Ipoh, Perak ini tidak pernah sesekali untuk berputus asa. “Pada mulanya, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi penyanyi walaupun telah didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi.

“Seawal usia lima tahun, saya mengikuti kelas bermain piano. Apabila berada di universiti, pendedahan tentang seni semakin meluas dan selepas pulang dari England tahun lalu saya cuba mengetengahkan bakat yang ada.

“Pergaulan dengan orang sekeliling juga telah memberi jalan untuk menghasilkan Terpesona,” katanya.

Ujar Frank, percubaan pertama itu memberi banyak pengalaman kepadanya untuk bekerja dalam bidang ini. Dia kini merancang untuk menyiapkan single keduanya, Chase yang akan dirakamkan dalam tiga versi iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Single Terpesona sudah berada di pasaran sejak Jun lalu, klip video juga sudah siap biarpun mengambil masa lapan bulan untuk menyiapkannya namun saya amat berpuas hati. “Atas usaha keras saya dan rakan-rakan, ia membuahkan hasil yang cukup membanggakan,” ujarnya.

Bercerita tentang klip video itu, biarpun cubaan pertama namun ia menunjukkan kematangan dan kesungguhan dalam bidang ini.

Aplikasi teknologi imej janaan komputer (CGI) yang digunakan sewaktu menghasilkan klip video tersebut jelas menunjukkan penyanyi ini komited dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Istana indah

Frank berkata apa yang ditonjolkan melalui klip video Terpesona itu merupakan sebuah khayalan yang ingin diluahkan Mengikuti naluri seorang lelaki, kata Frank dia mahu menjadi pelindung kepada kekasih hatinya dan menyediakan sebuah istana indah untuk wanita idamannya.

“Itu adalah imaginasi yang cuba saya tunjukkan melalui video ini agar dapat dikongsi bersama-sama dengan peminat.

“Memang idea asal adalah daripada saya ditambah dengan beberapa elemen lain dan idea rakan-rakan di sekeliling,” kata Frank.

Menyingkap mengenai latar belakang pemuda berketurunan Tiong Hua ini, dia merupakan seorang jurutera dan memiliki syarikat sendiri.

Jelasnya, bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerja dan kerjaya baru yang diceburinya ini.

“Saya bekerja seperti biasa pada sebelah pagi dan selepas habis waktu pejabat saya menumpukan sepenuh perhatian kepada nyanyian.

“Ia bukan sesuatu yang mudah kerana kedua-dua bidang ini sangat bertentangan karakter, tapi ini jalan yang saya pilih jadi saya perlu teruskannya sehingga berjaya,” katanya.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan