Konsert Kemuncak Raya Suria FM Meriah!

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Siti Nurhaliza selepas membuat persembahan beramah mesra dengan DJ Suria FM. - Foto THE STAR Oleh FAIHAN
Penyanyi Siti Nurhaliza selepas membuat persembahan beramah mesra dengan DJ Suria FM. - Foto THE STAR Oleh FAIHAN

PUTRAJAYA: Gabungan seramai 13 penyanyi lama dan baru berjaya menghidupkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada malam Sabtu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Azrul Mohd Nor, lebih 15,000 penonton telah membanjiri konsert tersebut dan ia merupakan kali pertama diadakan bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

"Penganjuran konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia yang banyak menyokong Suria FM selama ini.

"Pada asalnya, konsert ini ingin diadakan di Dataran Merdeka tetapi disebabkan oleh beberapa kesulitan kami beralih ke Putrajaya sebagai gantinya.

Walaubagaimanapun ia tetap dapat menarik penonton hadir ke konsert kami walaupun pada masa ini terdapat juga sebuah lagi konsert 2 Raksaksa di Stadium Merdeka," katanya yang ditemui pada konsert itu.

Tambahnya, penganjuran konsert itu adalah platform terbaik untuk mendekati pendengar selain memberikan hiburan percuma kepada mereka.

Antara barisan penyanyi yang membuat persembahan ialah Datuk M.Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Yazer, Adira dan Awi Rafael.

Ditanya pula mengenai kedudukan Suria FM yang semakin menjadi stesen radio yang sedang meningkat naik saban tahun dan perancangan stesen itu pada tahun depan, Azrul berkata, sokongan dan kesetiaan pendengar terhadap stesen itu telah memberi impak kepada peningkatan kedudukan Suria FM bagi stesen radio berbahasa Malaysia.

"Terlalu banyak perancangan yang masih lagi berlegaran di fikiran kami (pihak Suria FM).

"Pada bulan ini, kami ada berbincang untuk aktiviti-aktiviti Suria FM pada tahun depan. Kami juga akan memberi fokus kepada pengisian program yang lebih berkualiti dan memikat pendengar selain memperkuatkan barisan penyampai-penyampai.

"Hujung tahun ini juga kami akan fokus menganjurkan konsert di Sabah dan Sarawak,"ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan